Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan GCE 'A' Jumaat depan

Feb 11, 2021 | 05:30 AM



PELAJAR yang menduduki pemeriksaan GCE Peringkat 'A' tahun lepas akan menerima keputusan mereka pada 19 Februari, Jumaat depan, pada 2.30 petang, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam kenyataannya bersama semalam.



Memandangkan situasi Covid-19, pengaturan telah dibuat supaya pelajar menerima keputusan mereka di dalam bilik darjah masing-masing dan bukannya berkumpul sebagai kohort di dewan.



Pelajar yang sakit, di bawah Perintah Kuarantin, Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), atau Cuti Ketidakhadiran pada hari keputusan diumumkan, tidak harus ke sekolah untuk mengambil keputusan mereka.



Mereka boleh mengakses keputusan mereka secara dalam talian menerusi SEAB pada 19 Februari, bermula 3.15 petang.



Calon privet akan diberitahu mengenai keputusan individu melalui pos, sama seperti tahun-tahun sebelumnya.



Keputusan akan dihantar pada 19 Februari kepada alamat yang telah diberikan kepada SEAB.



Pelajar yang layak bagi SingPass juga boleh menggunakan akaun SingPass untuk mendapatkan keputusan secara dalam talian menerusi SEAB.



Semua calon yang layak bagi SingPass juga boleh mengakses keputusan mereka secara dalam talian melalui sistem keputusan SEAB.



Pada tahun sebelumnya, pilihan ini hanya dibuka kepada calon privet sahaja.



Pelajar yang ingin memohon kemasukan atau biasiswa ke Universiti Autonomi (AU) digalakkan untuk menghantar permohonan mereka secara dalam talian. Calon yang mendaftar ke AU dalam talian tidak perlu menyediakan salinan cetak sijil mereka.



Bagi pelajar yang mahukan panduan mengenai pilihan pendidikan, mereka boleh menghubungi guru atau kaunselor yang dapat membantu.



Pelajar juga boleh merujuk ke portal MySkillsFuture interaktif di https://go.gov.sg/mysfpreu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan pendidikan, laluan kerjaya dan kursus yang tersedia untuk mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >