Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Lebih banyak pokok akan ditanam di estet perindustrian

Aug 03, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH ingin menambah jumlah pokok di estet perindustrian daripada 180,000 pokok sekarang kepada sekitar 260,000 pokok menjelang 2030 untuk mengurangkan kesan suhu yang meningkat.



Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Perhubungan dan Penerangan), Encik Tan Kiat How, berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen tentang kemajuan dan kesan inisiatif menanam lebih banyak pokok di estet perindustrian di Parlimen semalam.



Kajian menunjukkan usaha menanam pokok yang dipergiat di Singapura boleh mengurangkan suhu tengah hari di kawasan kelilingnya hingga 0.9 darjah Celsius.



Hingga kini, hampir 90,000 pokok telah ditanam di estet perindustrian di bawah gerakan nasional Satu Juta Pokok - yang bertujuan menanam sejuta pokok dari 2020 hingga 2030 - dengan sokongan rakan kerja dan masyarakat.



Untuk mengurangkan haba di rumah penduduk dan kawasan perumahan, Encik Tan berkata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sedang mengkaji cat dingin yang boleh menyerap kurang haba dan kurangkan suhu sekeliling blok HDB.



Kajian perintis itu dijangka selesai pada 2024.



Tambahnya, hasil kajian sebelum ini menunjukkan cat dingin itu berupaya mengurangkan suhu sekeliling hingga 2 darjah Celsius.



"Berdasarkan hasil kajian itu nanti, HDB akan mempertimbang untuk memperluas penggunaan cat dingin ke lebih banyak estet," ujarnya.



Cik Hany Soh (GRC Marsiling-Yew Tee) menarik perhatian bahawa flat HDB kini dilengkapi dengan tingkap kaca penuh yang memancarkan banyak haba pada lewat tengah hari.



Oleh itu, beliau bertanya sama ada HDB akan mengkaji langkah memasang tingkap dwikaca rendah haba bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dan flat yang layak menjalani Program Peningkatan Rumah (HIP).



Encik Tan berkata saranan itu akan pastinya dipertimbang.



"Ini merupakan antara bidang penyelidikan yang kami terus kaji dengan institut penyelidikan serta rakan kerja kami," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >