Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai siswa baru dapat kerja sepenuh masa, gaji lebih tinggi

Tinjauan: Kadar menganggur lulusan varsiti baru naik dari 5.6% pada 2021 kepada 6.2% pada 2022
Feb 21, 2023 | 05:30 AM



LEBIH ramai lulusan universiti mendapat pekerjaan sepenuh masa dengan gaji lebih tinggi pada 2022, sedang ekonomi Singapura terus berkembang dan pulih daripada pandemik Covid-19.



Tinjauan pekerjaan siswazah terkini yang dikeluarkan pada Isnin menunjukkan 87.5 peratus lulusan baru bekerja tetap sepenuh masa, berbanding 84 peratus pada 2021.



Gaji bulanan kasar median dalam kalangan siswazah baru dalam pekerjaan tetap sepenuh masa juga meningkat, daripada $3,800 pada 2021 kepada $4,200 pada 2022, menurut dapatan Tinjauan Pekerjaan Siswazah Universiti Berautonomi Bersama 2022.



Secara keseluruhan, 93.8 peratus lulusan universiti mendapat pekerjaan tetap, bebas atau sambilan dalam enam bulan selepas tamat pengajian pada 2022, berkurangan sedikit daripada 94.4 peratus pada 2021.



Jumlah lulusan universiti yang bekerja sambilan atau sementara pula berkurangan sedikit, iaitu 4.5 peratus, berbanding 8.7 peratus pada 2021.



Bilangan itu meningkat kepada 22.3 peratus pada 2020, apabila Singapura mengalami kemelesetan ekonomi terburuknya sejak merdeka.



Tetapi kadar pengangguran siswazah baru meningkat daripada 5.6 peratus pada 2021 kepada 6.2 peratus pada 2022.



Siswazah dari beberapa sektor, termasuk maklumat dan teknologi digital, sains kesihatan dan kejuruteraan, mencatat peratusan tertinggi dalam mendapatkan pekerjaan tetap sepenuh masa.



Lulusan kursus teknologi maklumat dan digital terus membawa pulang gaji tertinggi, iaitu $5,625, meningkat daripada $5,000 pada 2021.



Kira-kira 12,100 siswazah baru daripada program sepenuh masa di Universiti Nasional Singapura, Universiti Teknologi Nanyang, Universiti Pengurusan Singapura dan Universiti Sains Sosial Singapura menyertai tinjauan 2022 itu, membentuk kadar respons 75.8 peratus.



Mereka ditinjau oleh empat universiti itu mengenai status pekerjaan mereka pada 1 November 2022, kira-kira enam bulan selepas tamat peperiksaan akhir mereka.



Tinjauan bagi Institut Teknologi Singapura dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura sedang dijalankan dan keputusannya akan diumum kelak.



Ekonomi Singapura tumbuh 3.6 peratus pada keseluruhan 2022, turun daripada 8.9 peratus pada 2021.



Penggubal dasar menjangka ekonomi berkembang antara 0.5 peratus dan 2.5 peratus pada 2023.



Pemerhati berkata peningkatan sedikit pengangguran dalam kalangan lulusan universiti baru tidak membimbangkan, mengambil kira prospek global yang lebih luas.



Pengarah urusan firma pengambilan PeopleWorldwide Consulting, Dr David Leong, berkata:



"Memandangkan gangguan ketara dan ketidaktentuan dalam ekonomi global, termasuk perang Russia-Ukraine, penurunan sedikit dalam pekerjaan sebanyak 0.6 peratus tidak merisaukan.



"Terdapat tekanan dalam ekonomi, dengan banyak majikan memberhentikan pekerja."



Beliau menambah bahawa perangkaan pekerjaan itu adalah bukti daya ketahanan Singapura.



"Berbanding dengan skala masalah global, peningkatan sedikit dalam kadar pengangguran menunjukkan perniagaan Singapura bertahan dengan baik," kata Dr Leong.



Pakar ekonomi Perbankan Peribadi CIMB, Encik Song Seng Wun berkata: "Intinya bagi siswazah yang ingin menyertai tenaga buruh ialah terdapat prospek cerah, dengan pembukaan ekonomi Singapura mewujudkan lebih banyak peluang dan negara ini terus menarik lebih banyak perniagaan untuk berkembang di sini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >