Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Lelaki pecah masuk 4 rumah privet, curi $3,500 pada Hari Mengundi

Sep 04, 2023 | 04:59 PM



Seorang penjenayah pecah masuk rumah bersiri berumur 35 tahun telah ditahan atas dakwaan menceroboh empat hartanah privet di Pasir Ris pada Hari Mengundi dan mencuri wang tunai dengan jumlah lebih daripada $3,500, lapor The Straits Times.


Lelaki itu, seorang warga China, Wei Qingyou, cuba meninggalkan Singapura sebagai percubaan melarikan diri keesokannya (2 Sep) tetapi gagal berbuat demikian selepas berjaya ditahan dalam tempoh 19 jam – selepas polis terima laporan pertama.

Qingyou, 35 tahun, telah didakwa di Mahkamah Negara pada 4 September.

Dalam sidang media, polis memberitahu mereka dimaklumkan mengenai kes pecah masuk rumah pertama pada sekitar 9 malam 1 September. Mereka juga menerima dua lagi laporan berkaitan penjenayah lelaki itu, pada 11.10 malam pada 1 September dan 2.20 petang pada 2 September. Kes keempat tidak dilaporkan.

Suspek didakwa cuba melarikan diri dari sebuah rumah di Pasir Ris Road sekitar 9 malam pada 1 September. Dia berpakaian serba hitam, dengan topeng, topi, baju hud berlengan panjang dan seluar yang semuanya hitam.

Polis berkata, empat orang awam cuba menangkapnya tetapi dia berjaya memanjat keluar dari tingkap.

Penduduk berjaya mendapatkan beg galas hitam yang mengandungi wang tunai, mata wang asing, barangan berharga, pakaian dan peralatan yang digunakannya untuk pecah masuk rumah seperti pemotong batang skru, gergaji besi dan pemutar skru.

Sehelai baju dan topeng yang ditemui dalam beg yang sama telah dihantar ke Penguasa Sains Kesihatan untuk pemeriksaan DNA forensik.

Dua pekerja asing, Cik Abaya Rizzalyn Estrella, 27 tahun dan Cik Chita Guzman Abaya, 56 tahun serta dua orang lelaki, Encik Gan Kok Beng, 69 tahun, dan Encik Goh Kim Hock, 70 tahun yang membantu menghentikan suspek diberi Anugerah Semangat Bakti Awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >