Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEKERJAAN DAN KOS SARA HIDUP

M3 bantu hampir 2,000 pekerja Melayu/Islam tahun lalu

Bantuan dihulur dengan kerjasama NTUC bagi nasihat, bimbingan kerjaya untuk raih pekerjaan lebih baik
Jan 15, 2023 | 05:30 AM



HAMPIR 2,000 pekerja Melayu/Islam telah dibantu M Kuasa Tiga (M³) sepanjang setahun lalu untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan kerjaya.



Bantuan itu dihulurkan di bawah kerjasama M³ dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) untuk membantu pekerja Melayu/Islam meraih peluang pekerjaan lebih baik.



Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, berkata empat golongan pekerja yang diberi tumpuan ialah pekerja platform (seperti pekerja penghantaran makanan), wanita yang ingin kembali bekerja, pekerja matang yang ingin beralih ke sektor pertumbuhan, dan juga pekerja muda yang mahu menceburi sektor pertumbuhan.



Sektor yang membangun itu termasuk teknologi, penjagaan kesihatan, penerbangan, pendidikan dan pelancongan, kata Encik Fahmi.



"Kami ingin memberi mereka peluang dan kesedaran bahawa sektor ini masih memerlukan ramai pekerja dan di sinilah masyarakat Melayu kami boleh menyertainya," ujar Encik Fahmi dalam satu wawancara media mengenai perkembangan masyarakat Melayu/Islam sepanjang 2022.



Encik Fahmi menerajui Bidang Tumpuan Empat (FA4) berkenaan pekerjaan dan daya kerja di bawah daya usaha M3.



FA4 bermula sebagai usaha di bawah inisiatif SG Teguh Bersatu untuk membantu pekerja Melayu/Islam yang terjejas dengan pandemik Covid-19, tetapi kini tumpuan dialihkan kepada keperluan jangka panjang termasuk merujuk kepada peluang pekerjaan, menyediakan peningkatan kemahiran dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.



Februari tahun lalu, Yayasan Mendaki menandatangani perjanjian dengan NTUC untuk meluaskan kerjasama dengan industri membangun bagi menyokong pekerja Melayu/Islam dengan lebih baik.



FA4 juga bekerjasama rapat dengan rakan seperti Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) serta Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dalam usaha membantu pekerja Melayu/Islam.



Menerusi pelbagai kerjasama itu, satu rangka dan aliran kerja juga telah ditubuhkan untuk membantu pekerja dan pencari kerja Melayu/Islam menerusi pelbagai agensi seperti Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC, NTUC Learning Hub, WSG dan SkillsFuture Singapura (SSG) untuk memudahkan pekerja memanfaatkan sumber di peringkat nasional.



Di samping itu, satu program perintis telah dilancarkan tahun lalu melibatkan pemimpin kesatuan Melayu/Islam yang mengunjungi rumah ke rumah untuk mendampingi dan membimbing pencari kerja.



Ia bertujuan mendekati pencari kerja secara langsung, memahami cabaran mereka, serta membantu mereka mengatasi keprihatinan dan keperluan yang berbeza.



Unit Wanita dan Keluarga NTUC (WAF) dan Mendaki turut bekerjasama untuk menyokong wanita yang ingin kembali ke alam pekerjaan, dengan menerapkan program mentoring wanita oleh WAF dalam program Wanita Tempat Kerja (W@W) Mendaki.



Mendaki telah merujuk seramai 73 peserta W@W kepada NTUC e2i untuk mendapatkan bantuan pekerjaan dari Mac hingga Oktober tahun lalu. Daripada 73 peserta itu, seramai 21 telah mendapatkan pekerjaan.



Sepanjang Januari hingga Oktober lalu juga, Mendaki menganjurkan enam pameran kerjaya bersama e2i dan WSG.



Selain itu, Mendaki bekerjasama dengan NTUC e2i untuk menjalankan sesi perkongsian mengenai SkillsFuture dan inisiatif pembelajaran sepanjang hayat.



Hingga Disember 2022, seramai 132 peserta telah menyertai perkongsian itu, dan peserta diundang untuk mendaftar bagi sesi nasihat SkillsFuture bersama Duta SkillsFuture.



Menurut Encik Fahmi, pihaknya mempunyai rancangan untuk melibatkan badan Melayu/Islam (MMO) lain bagi merujuk pencari pekerja untuk mendapatkan bantuan pekerjaan.



"Kami ada perbincangan untuk mendapatkan rujukan daripada MMO bagi membantu benefisiari daripada badan-badan itu.



"Moga kami dapat terus bekerjasama untuk membantu masyarakat mempertingkat diri, meraih pendidikan dan kemahiran bekerja," ujar Encik Fahmi.




BANTUAN TERSEDIA, SUMBER ADA



"Menerusi M3, kami berharap antara perkara yang telah berakar umbi ialah mesej kepada masyarakat bahawa bantuan selalu tersedia, sumber pun ada.
Dengan adanya M3Eco (Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat) dan Bandar@M3, mereka yang memerlukan sokongan dan bantuan tahu bagaimana mendapatkan bantuan, dan pada masa yang sama, mereka boleh didekati."
- Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



GUNA DATA, BANGUN PROGRAM



"Kami ingin mendekati pemimpin generasi baru MMO (badan Melayu/Islam) yang boleh bekerjasama lebih rapat dengan M³ untuk merealisasikan visi kita bersama. Yang penting adalah untuk bersatu dan mencari cara terbaik untuk bekerjasama dan membangunkan program bersama berdasarkan data yang diperolehi."
- Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



TAMPAK KEMAJUAN, HASIL GABUNGAN



"Kami telah bergabung tenaga dengan banyak pihak dan melihat kemajuan yang baik.
Ramai pekerja Melayu yang dapat memanfaatkan program yang kami jalankan, untuk mencari pekerjaan, meningkatkan ilmu dan kemahiran.
Ini memberi mereka keyakinan untuk terus kekal relevan dalam industri dan sektor yang diperlukan."
- Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.



MANFAAT SUMBER, HARUNGI CABARAN



"Dunia pascapandemik telah berubah secara keseluruhannya untuk golongan belia.
Mereka mungkin ke sekolah untuk menjalani kursus tertentu, tetapi apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan, ia sesuatu yang berbeza.
Untuk itu, kita perlu menggembleng tenaga dan memanfaatkan sumber masyarakat untuk membantu mereka mengharungi cabaran tersebut dan ruang pementoran dapat membantu dengan berkesan dalam bidang ini."
- Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >