Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS umum peraturan baru lindungi aset kripto pelanggan

Jul 03, 2023 | 06:05 PM



Penyedia khidmat token pembayaran digital (DPT) atau lebih dikenali sebagai mata wang kripto perlu mengasingkan aset pelanggan daripada asetnya sendiri dan memegangnya sebagai amanah, demikian menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Isnin.

Keperluan itu adalah sebagai sebahagian daripada langkah baru yang perlu diambil untuk menjaga aset pelanggan di bawah amanah berkanun sebelum hujung tahun.

Ini menyusuli perundingan awam pada Oktober 2022 mengenai langkah mengawal selia bagi meningkatkan perlindungan pelabur dan integriti pasaran dalam khidmat DPT.

Menurut MAS, perundingan awam itu menerima sokongan luas responden, yang memerlukan penyedia khidmat DPT melindungi wang pelanggan.

Mereka juga perlu menjalankan penyelarasan harian aset pelanggan, menyimpan rekod dengan betul, serta mengekalkan kawalan operasi dan akses kepada DPT pelanggan di Singapura.

Dalam pada itu, penyedia khidmat DPT harus memastikan fungsi jagaan beroperasi secara bebas daripada unit perniagaan lain.

Penyedia khidmat DPT juga perlu memberikan pendedahan yang jelas kepada pelanggan mengenai risiko yang terlibat apabila aset dipegang oleh mereka.

Menurut MAS, keperluan baru yang digariskan itu bertujuan mengurangkan risiko kehilangan atau penyalahgunaan aset pelanggan dan memudahkan pemulihan aset pelanggan sekiranya pembekal khidmat DPT menjadi muflis.

MAS juga akan menyekat penyedia khidmat DPT daripada mengendalikan kegiatan meminjamkan atau mempertaruh token pelanggan runcit mereka kerana kegiatan ini secara umumnya tidak sesuai untuk runcit awam.

Sebaliknya, mereka boleh terus mengendalikan kegiatan sebegitu bagi pelabur institusi dan diiktiraf mereka.

Kegiatan mempertaruh merujuk kepada proses di mana syarikat kripto meminjamkan token digital kepada firma lain dalam sektor untuk meraih jumlah faedah yang besar.

Menurut MAS, terdapat pandangan yang pelbagai mengenai saranan ini, dengan sebahagian responden mencadangkan agar penyedia khidmat DPT dibolehkan menawarkan kegiatan ini dengan izin pelanggan runcit serta pendedahan risiko.

Manakala itu, yang lain menyokong larangan ke atas kegiatan spekulatif dan berisiko tinggi ini.

“MAS akan memantau perkembangan pasaran dan kesedaran risiko pelanggan sedang ini berkembang, dan akan mengambil langkah untuk memastikan langkah kami kekal seimbang dan sesuai,” kata penguasa itu.

Pada Isnin, MAS juga mengeluarkan kertas perundingan berasingan yang menyarankan keperluan bagi penyedia khidmat DPT menangani amalan perdagangan tidak adil.

Ia juga akan menetapkan peruntukan perundangan dan jenis kelakuan salah yang akan dikira sebagai kesalahan.

Ini menyusuli perundingan awam pada Oktober 2022 mengenai integriti pasaran.

Kebanyakan responden bersetuju dengan pemerhatian MAS tentang amalan industri baik untuk menangani risiko integriti pasaran dan sebahagian responden menyarankan agar MAS menetapkan langkah lanjut untuk mencegah penyalahgunaan pasaran dan amalan perdagangan tidak adil.

MAS mengingatkan orang ramai bahawa peraturan sahaja tidak dapat melindungi pelanggan daripada semua kerugian, dan pelanggan perlu berhati-hati apabila berdagang dalam DPT.

“Pelanggan juga perlu kekal berwaspada dan tidak berurusan dengan entiti yang tidak dikawal termasuk yang berpangkalan di luar negara kerana mereka menanggung risiko kehilangan semua aset mereka,” kata MAS.

MAS mengundang mereka yang berminat agar memberikan cadangan mengenai pindaan perundangan yang disarankan bagi peraturan khidmat pembayaran serta langkah mengawal selia yang disarankan untuk menangani risiko integriti pasaran selewat-lewatnya pada 3 Ogos 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >