Memahami CPF:Semudah 1, 2, 3 (Siri 5)

Tiga pilihan untuk mengeluarkan simpanan CPF anda

Mulai usia 65 tahun, anda boleh memilih pelan CPF LIFE yang memenuhi keperluan persaraan anda dengan sebaiknya. 

1.         Pelan Standard CPF LIFE 
             
Lebih untuk diri sendiri 

Untuk anggota yang inginkan bayaran bulanan lebih tinggi untuk memenuhi keperluan persaraan mereka. Ini bermakna anda akan memberi wang peninggalan yang lebih rendah kepada waris.

2.         Pelan Asas CPF LIFE 
             
Lebih untuk orang tersayang 

Untuk anggota yang ingin memberi lebih banyak wang peninggalan simpanan CPF mereka kepada orang tersayang. Ini bermakna anda akan menerima bayaran bulanan lebih rendah.

3.         Pelan CPF LIFE dengan Pembayaran Berterusan Yang Meningkat* 
              
Lebih untuk masa hadapan

Untuk mereka yang prihatin bahawa kos sara hidup akan meningkat semasa persaraan. Bagi jumlah sama yang dimasukkan ke dalam simpanan CPF, anda akan bermula dengan jumlah lebih rendah daripada pelan CPF LIFE dengan pembayaran rata. Namun bayaran anda akan meningkat sebanyak 2% setiap tahun.

Tidak kira apakah pelan CPF LIFE yang anda pilih,  anda boleh mendapat pembayaran lebih tinggi dengan:

a) Menokok wang kepada Akaun Persaraan anda

b) Mulakan pembayaran anda kemudian, sehingga umur 70 tahun

Tertakluk kepada syarat.

* Pemerintah akan mengumumkan butir-butir lanjut tentang pelan CPF LIFE baru ini pada akhir tahun ini.

SOALAN ANDA, JAWAPAN KAMI!

 

SOALAN: Adakah saya disertakan dalam CPF LIFE? Bolehkah saya menyertainya?  

JAWAPAN: Para anggota CPF akan disertakan secara automatik ke dalam CPF LIFE jika mereka memenuhi kriteria ini:

Anda berusia 55 tahun dari 1 Januari 2013 hingga 30 April 2016

–          $40,000 dalam Akaun Persaraan anda pada usia 55; atau

–          $60,000 dalam Akaun Persaraan anda apabila anda mencapai usia kelayakan bayaran anda.

Anda berusia 55 tahun pada 1 Mei 2016 dan seterusnya

$60,000 dalam Akaun Persaraan anda apabila anda mencapai usia kelayakan bayaran anda.

Lembaga CPF akan menghantar surat kepada anda apabila usia kelayakan anda hampir tiba, untuk menjelaskan tentang pilihan pelan CPF LIFE anda, termasuk bila untuk memilih pelan dan memulakan bayaran anda.

Para anggota yang tidak disertakan secara automatik boleh memohon untuk menyertai CPF LIFE sebelum usia 80 tahun.

SOALAN: Apa akan terjadi kepada simpanan CPF saya apabila saya meninggal dunia?

JAWAPAN: Baki simpanan CPF anda akan diagihkan kepada waris-waris anda. Anda boleh memilih waris-waris anda dengan membuat nominasi CPF. 

Jika nominasi tidak dibuat, simpanan CPF anda akan diagihkan oleh Pemegang Amanah Awam kepada para anggota keluarga anda mengikut undang-undang kematian tidak berwasiat atau sijil warisan (untuk Muslim) di Singapura.

Anda ada soalan mengenai CPF? E-mel kami: askcpf@sph.com.sg

SERTAI KUIZ KAMI! 
10 baucar $50 NTUC untuk direbut setiap minggu! 

Soalan Peraduan: Apa yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan bayaran bulanan CPF LIFE saya?

A. Menokok wang kepada Akaun Persaraan saya 

B. Mulakan pembayaran CPF LIFE saya kemudian, sehingga umur 70 tahun

C. A dan B

Hantarkan jawapan anda ke contest.sph.com.sg/cpf5 atau poskan penyertaan anda (termasuk jawapan, nama, nombor telefon & nombor kad pengenalan (NRIC) anda –  4 angka terakhir + huruf abjad) ke: CPF5 – Locked Bag 002, MacPherson Road Post Office, Singapura 913486. Tarikh tutup: 5 Mac 2017.

Terma dan Syarat: Semua penyertaan yang betul layak bagi cabutan bertuah pada 6 Mac 2017, 10 pagi di lobi SPH News Centre. Para pemenang akan dimaklumkan melalui telefon / pos. Tertakluk kepada terma dan syarat lain yang boleh didapati di http://contest.sph.com.sg/terms&conditions.

Dibawakan kepada anda oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB)

 

Sila klik Siri 1Siri 2Siri 3 dan Siri 4 untuk Fahami CPF: Semudah 1, 2, 3

Waktu Solat

Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:53
Isyak
8:02
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.