Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Minggu galak tingkat kesedaran mengenai perubahan iklim

Aug 15, 2020 | 06:10 PM



MINGGU Tindakan Iklim Singapura mula berlangsung pada Sabtu (15 Ogos) hingga 21 Ogos tahun ini sebahagian usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu utama kemampanan dan perubahan iklim serta menggalakkan tindakan kolektif mengenai perubahan iklim.



Anjuran Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), minggu tersebut memaparkan 30 inisiatif masyarakat yang dianjurkan 27 rakan daripada sektor 3P (Orang Ramai, Privet dan Awam), menurut satu kenyataan media MSE.



Menurut kementerian itu lagi, perubahan iklim ialah cabaran kewujudkan jangka panjang bagi Singapura.



“Sedang kita menangani isu segera yang berpunca daripada pandemik Covid-19, kita mesti teruskan usaha kemampanan. Menggalakkan usaha seluruh negara akan menjadi penentu utama kejayaan Singapura dalam mengurangkan dan menyesuaikan diri kepada cabaran yang timbul akibat perubahan iklim,” kata kementerian itu.



Minggu Tindakan Iklim dimulakan tahun lalu, menyusuli Tahun Tindakan Iklim pada 2018 yang berjaya.



Minggu itu merupakan sebahagaian usaha Keluarga MSE untuk menjalin kerjasama lebih kukuh dengan pihak berkepentingan dan warganegara, dan sama-sama mencipta dan menyampaikan huraian bagi cabaran sekitaran Singapura.



Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, menekankan kepentingan kerjasama bagi tindakan iklim.



Beliau akur amat terdorong dengan acara masyarakat bermakna yang telah dianjurkan rakan dalam sektor 3P, walau di tengah-tengah cabaran yang dihadapi sewaktu pandemik Covid-19 ini.



“Perubahan iklim kekal sebagai cabaran kewujudan bagi Singapura, dan kita mesti terus bekerjasama untuk memahami, mengurangkan dan menyesuaikan diri dengannya.



“Minggu Tindakan Iklim mencerminkan semangat Singapura Bersama kita – menerusi tindakan kolektif, kita boleh melaksanakan perubahan bagi Singapura yang mampan,” kata Cik Fu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >