Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nenek syukur orang tersayang selamat walau rumah dijilat api

Sep 30, 2022 | 05:30 AM



SAYU hati mereka apabila melihat flat yang mereka diami sejak lebih 20 tahun lalu hangus dijilat api.



Keluarga tiga generasi dianggotai sembilan orang itu menjadi mangsa satu kebakaran apabila flat empat bilik mereka di tingkat tujuh, Blok 340A, Sembawang Close tiba-tiba dijilat api petang kelmarin.



Menurut seorang ahli keluarga yang rapat dengan keluarga tersebut, kebakaran berlaku lewat 4 hingga 5 petang.



Rumah itu didiami pemilik rumah, Cik Kasmah Selamat, 62 tahun, tiga anaknya berusia 27 hingga 40 tahun, seorang anak menantu lelaki dan empat cucu berusia enam hingga 10 tahun.



"(Salah seorang) cucu beritahu pak cik mereka yang sedang mandi di tandas, 'Pak Busu, ada api dekat tilam bilik tidur.' Kemudian dia bergegas keluar dan cuba memadamkan api dengan air dari dapur," kata Cik Rozi Tahur, 52 tahun, adik ipar Cik Kasmah.



"Tapi api semakin merebak, jadi mereka larikan diri ke bawah," tambahnya ketika dihubungi.



Cik Rozi menemani Cik Kasmah ke tempat kejadian ketika pegawai insurans meninjau keadaan rumahnya petang semalam.



Menurut Cik Kasmah, beliau sedang bertugas apabila kebakaran berlaku.



Lima anggota keluarga itu berada di rumah berkenaan apabila kejadian berlaku, termasuk tiga orang cucu berusia tujuh, sembilan dan 10 tahun.



Anak menantunya sedang bertugas manakala anak sulung serta cucu bongsunya berusia tujuh tahun tiada di rumah kerana sedang pulang dari tajaka.



Cik Kasmah, seorang pegawai keselamatan sekolah, berkata keluarganya kehilangan pelbagai perabot dan hiasan rumah, pakaian dan barang dapur.



Tiga cucunya yang dibawa ke hospital kerana terhidu asap dimasukkan ke hospital tetapi sudah keluar.



Mereka akan menginap sementara di sebuah flat sewa di Sembawang dan selain itu menerima bantuan oleh jiran seperti pakaian dan barang dapur.



Cik Kasmah berkata beliau tertekan kerana perlu membuat pelbagai aturan penginapan sementara, termasuk meminta anak sulungnya dan empat anaknya tinggal bersama keluarga pihak suami.



Namun beliau bersyukur semua orang tersayangnya selamat.



"Saya masih mengalami sedikit trauma atas kejadian itu dan kehilangan banyak kenangan, masa dengan arwah suami saya dan anak-anak saya," katanya yang sudah kehilangan suaminya sekitar sedekad lalu.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kenyataannya semalam bekata ia menerima panggilan mengenai kejadian itu pada sekitar 5 petang kelmarin.



Ahli bomba memasuki rumah dipenuhi asap itu dan memadamkan api - yang terhad dalam sebuah bilik tidur sahaja - dengan menggunakan jet air dalam sekitar 15 minit.



"Ruang tamu juga terjejas oleh kerosakan keadaan panas dan asap disebabkan api itu," kata SCDF.



Lima orang berjaya menyelamatkan diri sebelum SCDF tiba dan tiga orang dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) kerana terhidu asap manakala yang lain enggan ke hospital selepas diperiksa paramedik.



Sekitar 100 penduduk daripada tingkat tujuh hingga tingkat 15 dipindahkan oleh polis sebagai langkah berjaga-jaga.



Punca kebakaran masih sedang disiasat, kata SCDF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >