Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NKF kerjasama dengan Masjid Khalid tingkat kesedaran tentang penyakit buah pinggang

Apr 19, 2019 | 06:48 PM



MASJID Khalid telah berganding bahu dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) bagi meningkatkan kesedaran jemaah tentang penyakit buah pinggang.



Masjid di Joo Chiat Road itu melancarkan kotak derma NKF hari ini (19 April). Kotak derma itu akan diletakkan di masjid itu sepanjang tahun.



Pengerusi Masjid Khalid,Ā Encik Alla'udin Mohamed, berkata pihak masjid menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak $20,000 dalam masa setahun menerusi kotak derma tersebut bagi membantu pesakit buah pinggang di sini.



"Ini satu sumbangan kecil daripada kami tapi kami harap ia dapat meninggalkan kesan yang besar,"Ā ujarnya.



Tambahnya, mereka juga ingin meningkatkan kesedaran tentang penyakit buah pinggang di kalangan jemaah.



Oleh itu, satu ceramah telah diadakan oleh NKF di masjid itu sebelum solat Jumaat tadi.



Seorang pesakit buah pinggang turut tampil berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapinya.



NKF juga mengadakan pameran di masjid itu dan memberi jemaah risalah tentang penyakit buah pinggang.



MenurutĀ Encik Alla'udin, beliau gembira usaha itu mendapat sambutan baik daripada jemaah yang hadir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >