Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUS, NTU daki ranking dunia dalam senarai varsiti terbaik

Oct 13, 2022 | 05:30 AM



UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) telah mendaki ranking dunia ke tangga 19 tahun ini, satu peningkatan berbanding tangga ke 21 pada tahun sebelumnya, menurut Ranking Universiti Dunia Times Higher Education 2023 yang dikeluarkan semalam.



Universiti Teknologi Nanyang (NTU) lonjak 10 tangga, dari 46 ke 36.



Jumlah rekod 1,799 universiti dari 104 negara dan rantau dimasukkan ke ranking tahun ini, menjadikannya edisi terbesar dalam sejarah 19 tahun bagi ranking tahunan.



Tahun lalu, sebanyak 1,662 universiti disenaraikan.



Ranking terkini itu bermakna NUS telah berjaya berada di tangga 20 teratas buat kali pertama. NUS telah berada di tangga 50 teratas sejak sekurang-kurangnya 2011, dan bagi NTU sejak 2020.



Universiti terbaik dalam ranking tahun ini ialah Universiti Oxford di England. Ini merupakan tahun ketujuh berturut-turut ia telah mengambil tempat teratas senarai tersebut.



Universiti Harvard di Amerika Syarikat mengambil tempat kedua, manakala kedua-dua Universiti Cambridge di England dan Universiti Stanford di Amerika Syarikat menduduki tempat ketiga.



Kesemua empat universiti tersebut berada senarai lima terbaik tahun lalu.



Kenaikan dalam kedudukan NUS dan NTU menunjukkan kemajuan Singapura yang mengagumkan, kata Encik Phil Baty, ketua pegawai pengetahuan di Times Higher Education.



Ranking Times Higher Education dan Ranking Universiti Dunia QS merupakan dua senarai ranking universiti global yang terkemuka, lapor akhbar The Straits Times.



Encik Baty berkata data menunjukkan bahawa Singapura merupakan kuasa dunia yang berkembang bagi kecemerlangan dalam pendidikan lebih tinggi.



Ia menurutnya, adalah hab antarabangsa yang sangat berkuasa dan mempunyai hubungan baik yang terus memperbaiki kedudukan.



Kemasukan NUS ke zon 20 universiti terbaik dunia dan lonjakan NTU sebanyak 10 tangga juga menandakan kekuatan inovasi dan penyelidikannya yang berkembang, tambah beliau.



Profesor Tan Eng Chye, presiden NUS berkata:



"Universiti kekal komited terhadap menyediakan laluan pendidikan antara disiplin dan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk membantu pelajar dan alumni kami agar bukan sahaja menyahut cabaran hari ini tetapi juga kekal ingin tahu dan dahaga akan kemungkinan hari esok.



"Kami akan terus memupuk lulusan yang sedia masa depan dan generasi pemimpin seterusnya."



Presiden NTU, Profesor Subra Suresh berkata:



"Kenaikan dalam ranking menegaskan usaha fakulti, pelajar dan kakitangan kami dalam menjalankan penyelidikan dan inovasi yang bertujuan menangani beberapa cabaran besar global kemanusiaan...dalam bidang seperti kehidupan sihat, penuaan dan jaminan makanan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >