Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasir Ris, Toa Payoh dan Woodlands jalani pembaharuan

Prasarana bagi rekreasi di Pantai Pasir Ris juga bakal diperbaharui, dijangka siap pada 2024
Sep 11, 2023 | 05:24 PM



Sekitar 500,000 penduduk di tiga estet perumahan – Toa Payoh, Woodlands dan Pasir Ris – berpeluang menikmati prasarana baru dan dipertingkat melalui program Membentuk Semula Estet (ROH) yang kini dilengkapkan secara bertahap di tiga kawasan itu.

Ini termasuk lebih banyak ruang riadah di taman dan pantai, laluan khas bagi pejalan kaki dan mereka yang berbasikal, serta prasarana lebih canggih dan diperbaharui di tiga estet tersebut, menurut kenyataan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Isnin.

Sebahagian daripada pembaharuan tersebut – yang diumumkan pada 2015 – kini sudah pun selesai dibina, sementara rancangan pembaharuan lain akan terus diusahakan pada tahun-tahun akan datang.

Mendedahkan perkembangan terkini program tersebut dalam kenyataannya, HDB berkata:

“Kini terdapat prasarana serta kemudahan diperbaharui yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh ciri bandar tersebut, masyarakatnya serta keterhubungannya.”

Ini merupakan kumpulan estet perumahan ketiga yang menjalani program ROH tersebut. Rancangan pembaharuan bagi kumpulan estet keempat – merangkumi Ang Mo Kio, Bukit Merah, Queenstown dan Choa Chu Kang – bakal diumum HDB dalam masa terdekat.

Menurut HDB, melalui program tersebut, visi kawasan Pasir Ris sebagai ruang yang menggabungkan “masyarakat dan alam semula jadi” kini direalisasikan secara bertahap.

Antara rancangan pembaharuan kawasan itu yang siap dibina termasuk bahagian selatan laluan ‘Central Greenway’ yang menggabungkan pusat bandar Pasir Ris ke Taman dan Pantai Pasir Ris.

Laluan sepanjang satu kilometer tersebut bertujuan memudahkan penduduk berbasikal dan berjalan kaki ke kawasan tersebut.

Sementara itu, kawasan rekreasi di Pantai Pasir Ris juga bakal diperbaharui, dengan kawasan permainan ‘maze’ yang lebih luas serta astaka dan prasarana tandas yang dipertingkat, dijangka siap pada 2024.

Sementara itu, estet Woodlands turut menjadi tumpuan pembaharuan di bawah ROH, bagi menawarkan ruang dan peluang bagi masyarakat untuk berinteraksi dan menjalin hubungan lebih erat.

Antara kawasan yang diperbaharui termasuk Taman Marsiling, yang kini dilengkapi laluan pejalan kaki atas air yang lebih luas, dua taman permainan kanak-kanak serta kawasan bersenam.

Ruang warisan yang dijangka siap tahun ini pula akan diperkenal di taman tersebut untuk merakamkan sejarah Woodlands.

Sejauh ini, program ROH bagi kumpulan estet pertama yang merangkumi kawasan Punggol, Dawson dan Yishun telah selesai dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >