Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai teknikal PUB hadapi 718 tuduhan tipu libatkan $2 juta

Jul 22, 2016 | 02:27 PM



Seorang pegawai teknikal dengan agensi air negara PUB dikenakan pada Jumaat (22 Julai) 718 pertuduhan menipu - melibatkan kira-kira $2 juta - dan sembilan tuduhan pengubahan wang haram.



Mohamed Sa'ad Mohamed Ali, 42 tahun, didakwa menipu pelbagai pekerja PUB agar mempercayai kononnya sebut harga yang dihasilkannya bagi tujuan penilaian benar-benar diperoleh daripada pasaran terbuka sedangkan tidak demikian.



Dia juga didakwa secara tidak jujur mendorong pekerja meluluskan pelbagai sebut harga. Anugerah pembelian didakwa diberi kepada perniagaan yang dikawalnya.



Kebanyakan kesalahan itu didakwa berlaku antara 2009 dan 2012, dan melibatkan terutamanya pembelian bernilai kecil.



Sa'ad, yang diwakili Encik Mohamed Muzammil Mohamed, juga dituduh menggunakan manfaat daripada perlakuan jenayahnya. Jumlahnya antara $18,640 hingga $74,870.



Satu sidang sebelum perbicaraan dijadualkan pada 18 Ogos. Ikat jamin $80,000 dibenarkan.



Dalam satu kenyataan media, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata pada pertengahan 2012, audit dalaman PUB menemui kejanggalan dalam pembelian bernilai kecil peralatan mekanikal dan penyenggaraan am di Loji Air Choa Chu Kang.



Sa'ad, yang menyertai PUB pada 2000, menyelia kerja-kerja penyenggaraan mekanikal loji air itu sejak Oktober 2004.



Dia digantung daripada tugasnya sejak Ogos 2012 apabila perkara itu dilaporkan kepada CPIB.



Ketua Eksekutif PUB, Encik Ng Joo Hee, berkata agensi itu tidak bertolak ansur terhadap kelakuan tidak jujur dan penipuan oleh sembarang kakitangan atau kontraktornya.



Sejak kesalahan menipu yang didakwa itu terdedah, PUB telah "secara drastik mengurangkan" bilangan pembelian bernilai kecil sebanyak 96 peratus, kata Encik Ng.



Beliau menambah bahawa baki bilangan pembelian tersebut kini ditadbir secara berpusat oleh pegawai tidak terlibat dalam tugas operasi.



"Semua ini bertujuan mengelakkan peluang bagi pakatan sulit dan pembohongan yang dieksploitasikan oleh Mohamed Sa'ad," ujar Encik Ng.



Hukuman maksimum bagi menipu ialah penjara 10 tahun dan denda. Jika sabit kesalahan pengubahan wang haram, dia boleh dikenakan denda hingga $500,000 dan penjara hingga 10 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >