Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penting kekalkan perpaduan sosial di balik konflik berterusan di luar negara: Faishal

Dec 03, 2023 | 06:55 PM



Mengukuhkan perpaduan sosial Singapura dan menggalak masyarakat berdaya tahan adalah penting, lebih-lebih lagi di tengah-tengah ketegangan yang sedang berlaku di dunia, ujar Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Beliau berkata rakyat Singapura bertuah hidup dalam masyarakat berbilang kaum yang dapat wujud bersama dengan aman damai, dan lantaran itu masyarakat di sini harus terus berusaha dengan gigih mengekalkan keharmonian itu.

Dr Faishal menyatakan demikian semasa mengulas tentang ketegangan Israel-Palestin yang sedang berlaku dalam satu catatan di Facebook pada 3 Disember.

Dalam catatannya itu, Dr Faishal berkata gencatan senjata sementara minggu lalu dalam konflik Israel-Palestin di Jaluran Gaza - yang bertujuan membolehkan bantuan kemanusiaan disampaikan kepada mangsa konflik - dialu-alukan dan beliau berharap ia dapat membina laluan bagi gencatan senjata berpanjangan.

“Saya menggesa semua orang supaya memberi sokongan kepada sahabat, keluarga dan anak-anak mereka supaya terus bersikap tenang dan aman sewaktu tempoh yang sangat mencabar ini,” katanya.

“Ia memerlukan kepercayaan yang sangat mendalam untuk memilih belas kasihan dan empati daripada rasa benci,” tambahnya.

Dr Faishal memuat naik kiriman Facebook itu selepas beliau menghadiri satu bengkel perlindungan bagi kanak-kanak daripada kandungan berbahaya di media sosial pada Sabtu lalu.

Menjawab pertanyaan Berita Harian, Yayasan Mendaki berkata acara bertajuk #SafeGuarding Our Kids in the Digital World (Melindungi Anak-Anak Kita dalam Dunia Digital) itu dianjurkan yayasan tersebut dengan kerjasama Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).


Acara di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) itu disertai 60 orang terdiri daripada ibu bapa yang anak mereka menyertai program Mendaki.

Hadirin diberi panduan tentang cara memantau kegiatan anak-anak mereka dan melindungi anak-anak mereka daripada terpengaruh oleh kandungan berbahaya dalam Internet secara aktif.

Acara itu turut disertai pakar dan pegawai daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) untuk menyampaikan perkongsian tentang hal berkenaan.

Mengulas tentang itu, Dr Faishal berkata belia terharu melihat ramai hadirin menunjukkan minat mengenai cara melindungi anak mereka daripada kandungan tidak diingini di media sosial dan Internet.

Ia turut melibatkan satu pertunjukan oleh Muslim.Sg – sebuah platform media dalam talian yang menyediakan kandungan agama Islam di Singapura – yang mendidik ibu bapa tersebut mengenai cara memantau kegiatan dalam talian anak mereka.

“Sesi dialog itu diadakan secara santai dan berterus terang, dan ibu bapa mengemukakan beberapa isu, seperti usaha pemerintah mencegah kandungan ektremis ganas di dalam talian,” kata Dr Faishal.

“Sementara Internet dan platorm media sosial menawarkan pelbagai manfaat, ia juga berpotensi potensi risiko dan cabaran, oleh itu adalah penting ibu bapa memata-mata anak mereka dan melindungi mereka daripada kandungan bahaya dalam talian,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >