Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perpustakaan kolong blok tidak terurus, akan ditutup, kata pengasas

Oct 19, 2023 | 05:06 PM



Sebuah perpustakaan terbuka untuk masyarakat di kolong sebuah blok di Boon Lay, ditutup hanya beberapa bulan selepas dimulakan pada April.

Pengasas perpustakaan terbuka itu menjelaskan bahawa keadaan berselerak dan kurangnya usaha masyarakat untuk mengekalkan ruang itu sebagai sebuah perpustakaan bersama, merupakan sebab di sebalik penutupan itu.

Pengasas, yang dikenali di Facebook sebagai Hengster Kor, membuat pengumuman itu dalam kumpulan Facebook Little Libraries Singapore pada Selasa.

“Saya menutup perpustakaan saya ini demi kebaikan.

“Saya ada banyak buku untuk dikongsi dengan sesiapa sahaja yang mahukan lebih banyak buku atau mahu membuka perpustakaan terbuka mereka sendiri,” katanya sambil mengajak mereka yang berminat dengan koleksi perpustakaannya untuk menghantar mesej kepadanya di Facebook secara peribadi.

Encik Kor menambah beliau berhasrat untuk membersihkan tempat itu pada hujung Oktober, dan buku-buku yang tidak diambil akan dibuang bersama dengan rak-raknya.

Perpustakaan terbuka di kolong blok itu menjadi tumpuan pada April apabila rak-rak bukunya dicuri tidak sampai sehari selepas dibuka. Semua buku di sana juga lesap, walau pun akhirnya dipulangkan.

Anggota kumpulan itu kecewa dengan keputusan tersebut.

“Aduan dan kekacauan yang dibuat oleh kanak-kanak setiap hari tidak masuk akal untuk mengekalkan tempat itu,” kata Encik Kor.

Beliau juga menyiarkan video seorang kanak-kanak memanjat rak-rak buku. Di sekeliling kanak-kanak itu, kelihatan buku berselerak di lantai berhampiran.

“Apabila anda mempunyai ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka melakukan perkara sebegini, saya fikir usaha untuk mengekalkan tempat itu terlalu sulit,” katanya dalam ruang komen.

“Ia sepatutnya menjadi usaha masyarakat, tetapi semua orang menunggu saya untuk melakukan kerja itu,” tambah Encik Kor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >