Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS

Perubahan iklim, pandemik dan perang jadi punca kenaikan harga

Jun 12, 2022 | 05:30 AM



GABUNGAN beberapa faktor - perubahan iklim, pandemik, dan perang di Ukraine - menjadi antara 'resipi' punca kenaikan harga makanan yang disaksikan negara-negara serata dunia.



Kesan setiap faktor tersebut secara sendirinya sudah cukup 'mengerikan'.



Perubahan iklim, yang menyebabkan gelombang haba di India, menjejas petani dan tanaman.



Pandemik pula menganggu rantaian bekalan.



Peperangan antara dua negara, Russia dan Ukraine - yang juga merupakan pengeluar gandum, jagung, minyak bunga matahari dan baja - masih belum menunjukkan sebarang tanda akan berakhir.



Apabila kesemua gangguan ini berlaku serentak, ia menyebabkan harga makanan melonjak tinggi dan kesannya dirasakan secara global.



Demi memastikan makanan yang dihasilkan cukup bagi rakyatnya sendiri, beberapa negara pembekal makanan terbesar dunia memutuskan untuk memperketat halangan perdagangan, langsung memburukkan lagi keadaan bagi negara lain.



Langkah menyekat bekalan makanan ke luar negara dengan tujuan memastikan makanan yang mencukupi dan dimampui oleh warga negara tersebut, juga dinamakan "food protectionisme", menyebabkan negara lain mengalami lonjakan harga makanan yang tinggi.



Menurut indeks yang dikeluarkan Pertubuhan Makanan dan Agrikultur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), harga makanan mencecah angka paling tinggi Mac lalu susulan serangan Russia ke atas Ukraine pada 24 Februari.



Harga makanan turun sedikit selama dua bulan berturut-turut pada Mei, namun dijangka meningkat lagi disebabkan halangan eksport oleh negara pembekal makanan utama seperti India dan Indonesia.



Krisis Russia-Ukraine menyebabkan 23 negara menghentikan bekalan makanan ke luar negara, menurut Institut Kajian Dasar Makanan Antarabangsa, golongan pemikir atau think tank yang berpangkalan di Amerika Syarikat.



Antaranya termasuk Indonesia, yang mengenakan larangan eksport minyak kelapa sawit April lalu; India, yang menghentikan eksport gandum awal bulan lalu; dan yang terkini larangan eksport ayam dari Malaysia yang berkuatkuasa awal bulan ini.



Menurut kiriman blog yang ditulis pakar ekonomi agrikultur kanan Bank Dunia, Encik John Baffes, dan penganalisis kajian Bank Dunia, Cik Kaltrina Temaj, harga makanan akan meningkat sekitar 20 peratus tahun ini, sebelum harga mula turun tahun depan.



Kenaikan harga makanan bukan sesuatu yang mengejutkan dan memang sudah dijangkakan sebelum ini, namun kenaikannya lebih drastik disebabkan faktor-faktor mendatang.



Namun, langkah seperti mengehadkan eksport makanan merupakan huraian jangka pendek yang tidak akan membantu mana-mana pihak, menurut pakar yang dihubungi Berita Minggu.



Sistem makanan global terhubung rapat, dan langkah tersebut tidak akan membantu negara pengeksport, malah mungkin mereka juga akan terjejas, kata pengarah program sains makanan dan teknologi di Universiti Teknologi Nanyang, Profesor William Chen.



"Ia seolah zero-sum game dan tidak akan membantu negara yang mengeksport, tidak akan ada pemenangnya.



"Malah, kesan langkah tersebut mungkin menjejas negara pengeksport itu sendiri kerana sistem makanan global amat terhubung- harga akan meningkat secara keseluruhan dan mereka juga akan merasakannya," kata Profesor Chen.



Sehubungan dengan itu, beliau mengutarakan keyakinan bahawa larangan eksport ayam oleh Malaysia tidak akan berpanjangan.



Meskipun larangan tersebut hanya mempunyai kesan yang terhad secara global, ia tetap menganggu bekalan negara tertentu, terutama sekali Singapura, yang mengimport sepertiga ayam dari negara jirannya itu.



Meskipun larangan eksport dijangka tidak berkekalan, harga makanan dijangka meningkat secara bertahap, disebabkan gabungan faktor tertentu, kata pensyarah fakulti Makanan, Kimia dan Bioteknologi di Institut Teknologi Singapura (SIT), Profesor Madya Addison Wong.



"Saya percaya harga makanan akan terus meningkat secara bertahap, antaranya disebabkan inflasi yang berpunca dari kos pengeluaran, permintaan dan dasar fiskal.



"Namun, kadar kenaikan itu mungkin boleh dikawal melalui amalan yang lebih mampan dan kemajuan teknologi," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >