Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program kaunseling bantu pasangan lebih faham kesan perceraian, hurai perselisihan sebelum kes dibuka

Sep 17, 2023 | 05:32 AM



Pasangan yang mahu bercerai, tetapi menunggu untuk talak dilafazkan di Mahkamah Syariah, akan dirujuk kepada Program Kaunseling Perkahwinan (MCP) bagi membincangkan masalah rumah tangga mereka dan meneroka peluang menyelamatkan perkahwinan.

Sebaliknya, pasangan yang mahu bercerai, dan telah melafazkan talak di luar mahkamah, diwajibkan menjalani MCP tetapi untuk membincangkan penjagaan dan perancangan hidup anak-anak.

Justeru, kejayaan MCP mencapai matlamatnya sebagai butang jeda atau ‘pause button’ untuk pasangan suami isteri yang sedang mempertimbangkan perceraian berkait dengan sama ada talak dilafazkan di dalam atau luar mahkamah.

“Kami ingin menasihatkan agar pasangan yang mahu bercerai datang ke mahkamah sebelum melafazkan talak, kerana struktur mahkamah menyediakan banyak perlindungan berbeza dalam proses perceraian, untuk memastikan pihak terlibat tahu apa yang mereka benar-benar mahukan, iaitu perceraian, atau sama ada masih ingin mempertahankan perkahwinan mereka,” kata Presiden Kanan Mahkamah Syariah, Cik Guy Ghazali.

“Struktur itu bermula dengan proses MCP. Ia berlaku sebelum sebarang dokumen mahkamah difailkan dan sebelum kes itu dibuka di mahkamah. Tujuan MCP ialah untuk melihat sama ada pihak terlibat boleh berdamai dan tidak jadi bercerai. Jika mereka mahu meneruskan dengan perceraian, perbincangan yang akan diadakan dalam MCP bertukar menjadi mengenai urusan perumahan dan anak-anak supaya mereka tahu tentang akibat perceraian,” tambahnya.

MCP dilancarkan pada 2004. Dalam tempoh 10 tahun pertama sejak ia dilancarkan, lebih 27,000 rujukan telah dibuat dan 44 peratus daripada pasangan dalam program itu mengambil keputusan tidak meneruskan perceraian.

Bagi pasangan yang ingin meneruskan perceraian, mereka perlu memfailkan Saman Pemula.

Kemudian mereka perlu menjalani proses pengantaraan mahkamah yang memberi peluang kepada pihak terlibat menyelesaikan tentang isu perceraian dan perkara sampingan seperti isu anak-anak secara berbaik-baik.

Sekiranya ada persetujuan yang merangkumi semua isu, kes mahkamah akan berakhir di situ dan mahkamah akan mengeluarkan perintah berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.

“Jika ini dapat dilakukan, kedua-dua pihak tidak perlu memfailkan afidavit terhadap satu sama lain, yang hanya akan meningkatkan tahap konflik antara mereka,” kata Cik Guy.

Sekiranya kes itu berlarutan ke perbicaraan dan isu perceraian itu dipertikaikan kedua-dua pihak, mahkamah boleh mengarahkan, atau kedua-dua pihak boleh bersetuju kepada, pelantikan hakam daripada Panel Hakam Mahkamah Syariah untuk menghuraikan perselisihan yang dihadapi.

Hakam akan berusaha membawa kepada perdamaian atau menyelesaikan isu perceraian secara baik jika perdamaian tidak dapat dicapai.

“Ini supaya walaupun perceraian adalah cara untuk menyelesaikan konflik perkahwinan antara kedua-dua pihak, hubungan keluarga terus dapat dikekalkan, yang akan mengurangkan kesan perceraian ke atas anak-anak,” kata Cik Guy.

Panel Hakam Mahkamah Syariah terdiri daripada asatizah yang diiktiraf di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan latar belakang undang-undang Islam atau pengalaman dalam membantu keluarga Islam.

Para hakam juga menerima latihan di bawah rangka kerja latihan dan penilaian H.I.K.M.A.H (Hakam’s Ideals: Knowledge, Methodology, Application, Heart) atau ‘Aspirasi Hakam: Ilmu, Metodologi, Aplikasi, Jiwa’ yang diperkenalkan oleh Mahkamah Syariah dan dilancarkan pada Mac.

Rangka kerja itu bertujuan melengkapi hakam dengan ilmu dan kemahiran dalam aspek seperti undang-undang dan sains sosial untuk terus meningkatkan kebolehan mereka dalam memudahkan perdamaian dan perceraian secara baik antara pihak terbabit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >