Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Raikan Ilmu' kembali secara fizikal di semua M³@Bandar

Zaqy: Mendaki akan rancakkan lagi usaha dekati pemimpin masyarakat, relawan dan belia dalam perjalanan bina masyarakat gemilang
Sep 08, 2022 | 05:30 AM



PELBAGAI kegiatan pembelajaran dan pendidikan buat seisi keluarga akan dianjurkan di kesemua 11 M³@Bandar buat kali pertama sedang Raikan Ilmu, yang merupakan bulan kempen pendidikan tahunan Mendaki, kembali mengadakan sebahagian besar kegiatannya secara fizikal bulan depan.



Mengumumkan butirannya dalam satu sidang media yang diadakan di Wisma Mendaki semalam, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, berkata Mendaki akan merancakkan usahanya untuk mendekati pemimpin masyarakat, rakan, relawan, karyawan dan belia supaya menyertai Mendaki dalam perjalanannya membina masyarakat gemilang.



Raikan Ilmu tahun ini, yang diadakan sempena ulang tahun ke-40 Mendaki, akan menampilkan hampir 40 acara dan kegiatan fizikal, hibrid dan dalam talian merentasi semua 11 M³@Bandar, dan dijangka melibatkan lebih 20,000 peserta.



"Sementara kita telah mencatat kemajuan baik dalam pendidikan sepanjang empat dekad lalu, kita mesti sentiasa berusaha untuk melakukan lebih baik dan memikirkan bagaimana masyarakat kita boleh terus berkembang maju dalam dunia yang berubah pesat dan tidak menentu," katanya.



Ini dilakukan menerusi beberapa kegiatan, kata Encik Zaqy, contohnya, Persidangan Masyarakat Gemilang pada 8 Oktober yang antara lain membolehkan peserta meraih pemahaman kukuh mengenai keadaan masyarakat dalam bidang pembelajaran pembangunan awal kanak-kanak, pendidikan aliran utama, pementoran belia dan pekerjaan di sektor yang sedang berkembang.



Pada 29 Oktober pula, Mendaki akan menganjurkan acara #MakingConnections yang menghimpunkan bersama karyawan daripada pelbagai industri sedang berkembang supaya dapat meluaskan peluang mereka untuk pembangunan dan pembelajaran profesional.



Selain itu, Mendaki akan juga mendekati pemimpin masyarakat India Muslim memandangkan mereka telah memainkan peranan penting dalam kejayaan masyarakat Muslim di Singapura, contohnya dengan memberi sumbangan kepada Dana Amanah Pendidikan (ETF). Sesi tersebut akan diadakan pada 28 September ini.



Encik Zaqy berkata Covid-19 telah menunjukkan perlunya Mendaki berdaya tahan, fleksibel dan tangkas dalam berdepan dengan sebarang gangguan.



"Melabur dalam pendidikan anak-anak kita apabila mereka kecil dan dalam menaik taraf kemahiran kita, serta mendakap pembelajaran sepanjang hayat sebagai sebahagian budaya kita akan membantu untuk membina keupayaan dan kemampuan masyarakat kita supaya dapat berdaya tahan dan siap bagi masa depan.



"Matlamat kami adalah untuk memastikan bahawa lebih ramai anak-anak kita siap untuk ke sekolah apabila mereka langkah ke Darjah 1, lebih ramai pelajar kita cemerlang dalam peperiksaan nasional mereka dan bersedia bagi masa depan, dan lebih ramai tenaga kerja kita berada dalam industri yang sedang berkembang," katanya.



LAPORAN SELANJUTNYA: Program Mendaki dipertingkat setaraf perubahan nasional 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >