Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 130 pegawai ICA diuji negatif Covid-19

May 04, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 32 pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Lapangan Terbang Changi yang merupakan kontak rapat pegawai yang dijangkiti Covid-19 telah diuji negatif untuk virus itu.



Kira-kira 100 pegawai lain yang diuji sebagai langkah berwaspada juga diuji negatif.



Pegawai ICA yang berusia 38 tahun, yang dikerahkan di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi, dikesan dijangkiti Covid-19 pada 27 April.



Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, ICA berkata kelmarin:



"32 pegawai ICA yang dikenal pasti mempunyai kontak rapat dengan pegawai yang dijangkiti telah dikenakan perintah kuarantin, merupakan mereka yang dikerahkan dalam dewan imigrasi yang sama bersama pegawai yang terjejas.



"Hasil ujian swab mereka adalah negatif."



Sekumpulan 100 lagi pegawai ICA, yang diuji sebagai langkah pencegahan, juga diuji negatif, tambah ICA.



Pegawai yang dijangkiti, seorang timbalan ketua pasukan di Lapangan Terbang Changi, dikerah di kaunter pegawai bertugas di Terminal 1, yang memproses ketibaan pelancong.



ICA berkata Ahad lalu bahawa operasi di Lapangan Terbang Changi telah digabungkan ke Terminal 1 dan 3, yang masing-masing mempunyai dua dewan imigresen ketibaan dan satu balai imigresen berlepas.



"ICA mengerahkan sekitar 130 pegawai ke setiap terminal, setiap syif. Pegawai tidak diizinkan bergaul atau dikerahkan ke terminal yang berlainan, atau di antara balai imigrasi di terminal yang sama," kata pihak berkuasa.



ICA menambah bahawa pihaknya akan terus membantu Kementerian Kesihatan (MOH) untuk melakukan penjejakan kontak.



Malam kelmarin seorang lagi pegawai ICA disahkan dijangkiti Covid-19.



Pegawai berusia 32 tahun itu dikerahkan di Akademi Home Team dan terakhir bekerja 26 April lalu.



Beliau dikenakan kuarantin pada keesokan harinya kerana beliau juga merupakan kontak rapat pegawai ICA yang dijangkiti yang ditempatkan di Lapangan Terbang Changi.



Pegawai berusia 32 tahun itu diuji untuk Covid-19 ketika dikenakan kuarantin pada 28 April dan hasilnya negatif.



Namun apabila diuji lagi 1 Mei lalu ujian itu positif.



Keputusan ujian serologi beliau belum selesai.



Pegawai itu telah diberi vaksin, menerima dos pertama pada 27 Januari dan yang kedua pada 17 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >