Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Selama sejam, sampah dibuang dari tingkat atas kondominium

Oct 23, 2023 | 06:22 PM



Barangan seperti pakaian, bakul, dan beg bersepah di lantai selepas dibuang dari tingkat atas sebuah kondominium di kawasan Tanah Merah.

Pada 23 Oktober 2023 sekitar 1:45 tengah hari, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima panggilan bantuan di Blok 72, Kondominium Casa Merah di Tanah Merah Kechil Avenue.

Dalam video TikTok yang dimuat naik oleh salah seorang penduduk di kondominium itu, sampah kelihatan berterbangan dari tingkat atas kondominium tersebut, meskipun pihak berkuasa sudah berada di lokasi berkenaan menyusuli laporan daripada penduduk di situ. 

Bercakap dengan Berita Harian (BH), SCDF mengesahkan para pegawainya termasuk penyelamat dari Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana (DART) dilihat membuat persiapan sebagai langkah berjaga-jaga.

Anggota SCDF juga dilihat menyediakan pek udara menyelamat yang dibentang di lantai pertama kondo itu.

Penduduk yang merakam dan memuat naik video itu, yang hanya dikenali sebagai @LeonaSoh di TikTok, mengatakan sampah dilihat dibuang dari tingkat atas sejak 12.20 tengah hari itu dan berterusan selama hampir sejam.

“Yang membuat saya risau, ialah saya takut dia akan terjun,” kata Cik Soh.

Menurut jurucakap polis, pelaku merupakan seorang wanita berusia 49 tahun dan telah ditangkap dan sedang membantu dalam siasatan.

Dia ditahan di bawah Akta Kesihatan Mental (Penjagaan dan Rawatan) kerana melakukan perbuatan terburu-buru yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

Ruang komen video di TikTok tersebut telah dimatikan selepas video itu tular dan mencapai tontonan sekitar 130,000 setakat ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >