Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siapakah penerima Anugerah Jauhari ke-24 malam ini?

Nov 03, 2022 | 05:30 AM



SUMBANGAN beliau kepada usaha memartabatkan bahasa dan budaya Melayu bukan calang-calang.



Pencapaian yang diraihnya serta sumbangannya yang meluas itu bahkan mendapat pengiktirafan bukan sahaja di dalam negara, malah di peringkat antarabangsa juga.



Demikian antara nilai yang menjadikan individu ini Jauhari masyarakat Melayu/Islam.



Gerangan penerima Anugerah Jauhari Berita Harian itu bakal diketahui dalam satu majlis penuh gah di Hotel Four Seasons malam ini.



Disampaikan buat tahun ke-24, penerima Anugerah Jauhari kali ini akan menerima anugerah daripada tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Anugerah Jauhari mengiktiraf sumbangan dan pencapaian cemerlang individu Melayu/Islam setempat.



Ia juga sebagai memberi penghormatan kepada individu Melayu/Islam yang cemerlang, tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi.



Tokoh terpilih juga diakui telah meninggalkan kesan mendalam ke atas masyarakat melalui sumbangan dalam bidang yang diceburi.



Tahun ini, penerima anugerah itu dipilih daripada senarai tokoh yang dicalonkan pembaca akhbar ini dan pemimpin masyarakat.



Anugerah Jauhari Berita Harian tahun ini turut disokong oleh NTUC FairPrice sebagai penaja utama.



Sejak diperkenal pada 1999, Anugerah Jauhari menjulang tokoh daripada pelbagai bidang termasuk akademik, perubatan, perniagaan, seni, sukan, pergerakan buruh, aktivis sosial dan bantuan kemanusiaan.



Malah, ia juga pernah disampaikan kepada Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) pada 2014, menjadikannya pertubuhan pertama dan satu-satunya sejauh ini yang diberi anugerah berprestij itu.



Sempena ulang tahunnya yang ke-65 tahun ini, Berita Harian akan turut menyampaikan satu anugerah khas, Anugerah Jauhari Pencapaian Sepanjang Hayat, kepada seorang tokoh bagi mengiktiraf pencapaian dan sumbangan beliau sepanjang kerjayanya dalam bidang yang diceburi.



Panel pengadil Anugerah Jauhari Berita Harian dibentuk daripada empat orang dengan diterajui mantan Speaker Parlimen, Encik Abdullah Tarmugi.



Selain Encik Abdullah, pengadil lain termasuk Editor Berita Harian, Encik Saat Abdul Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Specialist Care Group (SCG) merangkap Pengarah Eksekutif IAPPS Health Group (IHG), Dr Abdul Razakjr Omar; serta Pengarah Kanan, Persatuan Rakyat (PA), Encik Suhaimi Rafdi.



Dr Abdul Razakjr juga penerima Anugerah Jauhari Berita Harian pada 2013 manakala Encik Suhaimi menerima anugerah tersebut pada 2012.



Mengulas mengenai anugerah tersebut, Encik Saat berkata penerima yang disampaikan Anugerah Jauhari Berita Harian sejauh ini mencerminkan pencapaian dan kemajuan masyarakat.



"Lebih daripada itu, mereka juga mencerminkan sumbangan masyarakat kepada negara sementara terus berpegang teguh pada asal usul, budaya dan identiti kita sebagai masyarakat Melayu/Islam Singapura.



"Dan penerima Anugerah Jauhari Berita Harian tahun ini terus menghidupkan semangat ini dan menjadi pendorong bagi masyarakat, khususnya generasi muda, untuk turut berusaha mengejar kejayaan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi," ujarnya.



Tambahnya, diharapkan kisah penerima Anugerah Jauhari Berita Harian serta pengalaman yang dikongsi mereka juga dapat menjadi sumber inspirasi kepada lebih ramai anggota masyarakat tampil menyumbang dan menabur bakti kepada masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >