Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Vietnam meterai perjanjian tingkat kerjasama ekonomi

Kerjasama Ekonomi Digital Hijau antara empat perjanjian ditandatangani semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Vietnam ke sini
Feb 10, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Vietnam telah menandatangani perjanjian baru untuk meningkatkan kerjasama dalam ekonomi digital dan hijau, sedang kededua negara terus meluaskan kerjasama dua hala baru-baru ini dalam bidang ini.



Kerjasama Ekonomi Digital Hijau adalah antara empat perjanjian yang ditandatangani semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh, ke Singapura semalam, menurut kenyataan Kementerian Luar (MFA).



Ia membentuk rangka kerja menyeluruh yang membina empat perjanjian memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani pada 2022 serta meliputi tenaga, kemampanan, infrastruktur, digital dan inovasi serta ketersambungan.



Dokumen perjanjian itu ditandatangani di Istana antara Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, dengan Menteri Perancangan dan Pelaburan Vietnam, Encik Nguyen Chi Dung.



Pertukaran itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Encik Chinh.



Lawatan tiga hari Encik Chinh itu membuka tirai kegiatan sepanjang tahun bagi memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.



Dalam kunjungan ke Istana, Encik Chinh turut bertemu dengan Presiden Halimah Yaacob.



Kededua pemimpin mengesahkan hubungan erat antara Singapura dengan Vietnam, yang disokong oleh pertukaran peringkat tinggi biasa, perdagangan dan pelaburan serta kerjasama teknikal.



Dalam ucapan di majlis makan tengah hari di Istana, Encik Lee berkata hubungan dua hala yang telah terjalin lama dan mendalam itu adalah berdasarkan oleh kepercayaan politik yang kukuh dan persefahaman antara pemimpin kedua-dua pihak.



Selain kerjasama ekonomi dan pembangunan sumber manusia, katanya, terdapat peluang bekerjasama dalam bidang baru seperti keselamatan siber, kredit karbon, dan infrastruktur mampan.



Singapura dan Vietnam berkongsi pandangan yang sama mengenai banyak isu serantau.



"Sebagai rakan kongsi rapat, Singapura dan Vietnam ghairah menyaksikan persahabatan yang semakin kukuh pada tahun-tahun akan datang," kata Encik Lee.



Dalam ucapannya, Encik Chinh berkata bahawa persahabatan lebih daripada setengah abad telah mengukuhkan kepercayaan dan kestabilan dalam hubungan Vietnam-Singapura.



Menurut beliau, kedua-dua cabaran dan peluang menanti kededua pihak.



Tambah Encik Chinh, Vietnam "lebih berazam" mengukuhkan perkongsian strategik di tengah-tengah persekitaran antarabangsa yang rumit dan tidak menentu.




"Sebagai rakan kongsi rapat, Singapura dan Vietnam ghairah menyaksikan persahabatan yang semakin kukuh pada tahun-tahun akan datang."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >