Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

STB mahu tarik lebih ramai pelawat Muslim

S'pura mahu penuhi keperluan pelancong Muslim termasuk makanan halal, tempat solat
Jan 18, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA sedar akan kepentingan ekonomi halal, termasuk pelancongan halal, yang semakin meningkat dan mahu menarik lebih banyak pelawat Muslim ke sini, kata Lembaga Pelancongan Singapura (STB).



Dengan itu, Singapura patut berusaha memenuhi keperluan pelancong Muslim ketika melawat sesebuah negara.



Menjelaskan, STB berkata ini termasuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang mesra-Muslim di kawasan pelancongan terkenal misalnya memastikan terdapat makanan halal dan tempat solat.



Bahkan, Singapura sekali lagi disenaraikan sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim teratas dalam kalangan negara bukan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) tahun lalu.



Singapura telah berjaya mengekalkan kedudukan itu sejak pelancaran Indeks Perjalanan Muslim Global (GMTI) MasterCard-CrescentRating pada 2015, kata Ketua Eksekutif STB, Encik Keith Tan.



"Banyak negara lain di rantau ini juga cuba menembusi pasaran Muslim, jadi sememangnya akan ada lebih banyak persaingan dalam ruang ini.



"Namun, ini sudah tentu ruang yang ingin kami pertahankan," ujar Encik Tan.



Penolong Ketua Eksekutif, Kumpulan Antarabangsa STB, Cik Juliana Kua, pula berkata:



"Kita mahu mereka tahu bahawa Singapura sebagai satu destinasi adalah tempat yang hebat untuk mereka bercuti kerana banyak yang boleh kami tawarkan kepada segmen ini (pasaran Muslim dan halal)."



Menurut Cik Kua lagi, STB telah meningkatkan usahanya menarik minat segmen pasaran tersebut antaranya melalui kerjasama dengan Maher Zain, yang terkenal dalam kalangan Muslim di merata dunia.



Penyanyi dan produser muzik itu terlibat dalam kempen serantau STB untuk mempromosikan pelancongan halal di Singapura.



Ini termasuk melalui penampilan beliau dalam tiga video yang menggalakkan pelancong dari Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam datang ke negara ini.



Tahun lalu, terdapat permintaan kukuh daripada pasaran sumber utama Singapura, yang didahului Indonesia (1.1 juta), India (686,000) dan Malaysia (591,000).



Indonesia juga mengetuai pasaran paling banyak menyumbang kepada hasil dapatan pelancongan tahun lalu, dengan penjanaan sebanyak $1.1 bilion.



STB berkata, untuk menyokong pemulihan industri pelancongan yang dijangka mengatasi pencapaian tahun lalu, ia akan berusaha meningkatkan pengambilan kerja dalam sektor itu.



Sehingga September 2022, bilangan tenaga kerja pelancongan ialah sekitar 65,000 iaitu 78 peratus jumlah pada 2019.



STB akan terus menyokong keperluan tenaga kerja menerusi Hab Kerjaya Pelancongan yang sejauh ini, telah menempatkan lebih 500 pekerja dalam sektor pelancongan sejak dilancarkan pada 2022.



Hab tersebut menyediakan bimbingan kerjaya, peningkatan kemahiran dan pemadanan pekerjaan.



"Kami melihat bilangan mereka yang menyertai sektor pelancongan dalam beberapa tahun kebelakangan ini agak menggalakkan, meskipun terdapat ramai yang meninggalkan sektor ini pada awal Covid-19.



"Saya rasa kami amat optimis dalam masa setahun dua ini...dan kami juga sedang menarik banyak segmen pekerja untuk menyertai sektor pelancongan kerana kami percaya tugas-tugas yang ada sangat rencam," kata Penolong Ketua Eksekutif, Kumpulan Dasar & Perancangan, STB, Cik Jeannie Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >