Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tampines West CC ada satu lagi restoran halal

Jadi pilihan lokasi cawangan keenam restoran Arnold's Fried Chicken
Dec 15, 2019 | 05:30 AM



PENGUNJUNG ke Kelab Masyarakat Tampines West boleh menikmati lebih banyak pilihan makanan halal dengan pembukaan restoran Arnold's Fried Chicken baru-baru ini.



Ini menjadikannya restoran halal ketiga di kelab masyarakat di Tampines Avenue 3 itu, selain McDonald's dan Subway.



Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat (CCMC) Tampines West, Encik Russell Tham, berkata matlamat bagi kelab masyarakat itu ialah agar ia boleh menjadi 'rumah kedua' penduduk, di mana mereka boleh mengeratkan hubungan, belajar dan berseronok.



"Kami amat yakin dengan sifat inklusif. Oleh itu, langkah menyediakan pilihan makanan dan minuman (F&B) yang halal adalah penting, lebih-lebih lagi jika usaha ini melibatkan syarikat kecil dan sederhana (SME) tanah air," ujar Encik Tham.



Kini, restoran Arnold's sudah pun mempunyai enam buah cawangan di serata Singapura, termasuk yang terbaru di Kelab Masyarakat Tampines West.



Ayam goreng setempat 'legenda' Arnold's merupakan hasil titik peluh Encik Michael Yeoh dan Encik Edward Lee, kededuanya 61 tahun, yang merupakan pengasas restoran tersebut.



Sejak 1984, dua usahawan itu bertekad meneruskan perniagaan makanan ayam goreng halal walaupun mereka menghadapi persaingan sengit daripada syarikat makanan segera antarabangsa yang lain.



"Kami secara jujur membuka restoran ini untuk memberi pilihan makanan segera yang dipastikan halal walaupun pada waktu itu, kami menghadapi persaingan payah daripada syarikat lain seperti McDonald's dan KFC," kata Encik Yeoh.



Memandangkan pelanggan utama Arnold's ialah orang Melayu/Islam serta lokasi cawangan pertama mereka di City Plaza terletak berdekatan dengan pasar Geylang Serai, kededua pemilik restoran itu memastikan mereka mendapatkan sijil halal bagi pelanggan mereka.



Namun rancangan itu bukan sesuatu yang mudah dilaksanakan.



Encik Lee mengongsi bahawa mereka menghadapi kesukaran mempelbagaikan tugas menguruskan restoran sambil menjalani pemeriksaan untuk mendapatkan sijil halal itu. Keuntungan mereka juga terjejas ekoran persaingan daripada syarikat makanan segera yang lain.



Namun beliau mengatakan mereka tetap teruskan komitmen.



"Cawangan di City Plaza itu ibarat rumah kedua kami. Setiap hari, kami bertugas selama 12 atau 13 jam, mengalih peranan sebagai pengurus, juruwang, pembersih, tukang masak atau pun pelayan sambil memastikan perniagaan berjalan lancar.



"Sementara kami melakukan semua itu, kami juga harus memastikan dapur serta bahan makanan yang digunakan dapat memenuhi pemeriksaan pegawai Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).



"Setiap peringkat produksi - daripada kilang menyembelih ternakan, pembungkusan, pengedaran, tempat masak dan sebagainya harus mematuhi peraturan Islam.



"Jika kami ingin menukar sebarang hidangan, kami juga diperlukan mendaftar semula," kata Encik Yeoh lagi.



Mengimbas kembali tahun-tahun awal perniagaannya itu, merekakata:



"Bayangkan, kami sebenarnya hanya mahu mencari sumber pendapatan setelah berhenti bekerja di tempat lain. Tapi kami tidak ada kemahiran lain, selain menggoreng ayam," kongsi Encik Yeoh, yang mengakui beliau dan Encik Lee pernah bekerja di rangkaian restoran segera popular lain sebelum memulakan bisnes sendiri.



Kini, usaha mereka telah menjadikan jenama Arnold's sebagai ayam goreng yang mempunyai ramai pengikut setia tersendiri.



Berdasarkan maklum balas beberapa pelanggan Arnold's yang ditanya wartawan, kelainan ayam goreng restoran itu terletak kepada kerangupan kulit ayam yang tidak terlalu tebal dan perisanya yang cukup rasa sesuai dengan selera tempatan.



Bagaimanapun, bagi Encik Lee dan Encik Yeoh, usaha menyempurnakan resipi ayam gorengnya itu "tidak pernah dan tidak akan selesai!"



"Masih ada lagi ruang untuk memperbaikinya," kata Encik Yeoh.



"Oleh itu, maklum balas oleh pelanggan amat dihargai. Inilah komitmen kami kepada pelanggan setia yang telah membantu kami membangunkan Arnold's hingga hari ini," tegasnya.



Di hari pembukaan tidak rasmi cawangan terbaru itu, Encik Lee cukup terkesan apabila pinggan pertama yang berisi ayam goreng disajikan kepada pelanggan yang memesan.



Dengan rasa terharu beliau berkata: "Apabila kami membuka restoran pertama 35 tahun lalu, kami tidak sangka akan berada di tahap ini.



"Kami juga tidak sangka, bisnes yang mulanya bertujuan untuk membiayai kehidupan, kini berkembang sehingga menjadi sebuah jenama yang dikenali ramai," ujar beliau.




PILIHAN MAKANAN INKLUSIF



"Kami amat yakin dengan sifat inklusif. Oleh itu, langkah menyediakan pilihan makanan dan minuman (F&B) yang halal adalah penting, lebih-lebih lagi jika usaha ini melibatkan syarikat kecil dan sederhana (SME) tanah air.



- Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat (CCMC) Tampines West, Encik Russell Tham (gambar).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >