Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TEMASYA SUKAN INKLUSIF

Temasya Sukan Inklusif OTH sasar golongan kurang upaya

Jul 09, 2023 | 05:23 PM



Lebih 500 orang kurang upaya (OKU) mengambil bahagian dalam Temasya Sukan Inklusif OTH 2023 anjuran Our Tampines Hub.

Dianjurkan sempena Tahun Meraikan Rakan Khidmat Sosial oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), festival yang diadakan dari 8 hingga 15 Julai itu mempamerkan lebih 10 sukan para buat penyertaan orang awam.

Antara sukan para yang ditampilkan termasuk boccia, goalball, badminton, tenis meja, olahraga, bola sepak, bocce, bola lantai, kanu dan memanah.


“Temasya ini membolehkan OTH menjadi wadah inklusif untuk OKU dan individu berkeperluan khas untuk mempamerkan bakat sukan mereka dan ini adalah peluang untuk kita semua dalam masyarakat mendengar cerita mereka dan menghargai kebolehan mereka.

“Kita perlu meningkatkan kesedaran, mengubah minda, dan memastikan peluang dicipta untuk golongan ini, supaya mereka boleh membina kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri,” kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines.

Lebih 5,000 penduduk Tampines menyertai kegiatan di temasya itu.

Semasa festival lapan hari itu, OKU dan warga Tampines dapat merasai pengalaman pameran SportsEXPO yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran sukan dan kegiatan fizikal untuk OKU dan orang berkeperluan khas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >