Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teruskan usaha bersama jamin masa depan S'pura

PM Lee: Rakyat harus bangga identiti nasional, kekal bersatu hadapi cabaran dan bangun bakat bertaraf dunia
Aug 22, 2022 | 05:30 AM



RAKYAT harus berbangga dengan identiti sebagai warga Singapura dan memahami kepentingan negara, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Singapura juga perlu terus kekal terhubung dengan negara-negara lain walaupun landskap dunia yang sedang berubah ke arah bersetentangan dan menimbulkan cabaran dari segi strategi geopolitik dan ekonomi.



Di tengah-tengah cabaran tersebut, negara ini mesti merebut peluang membangunkan bakat bertaraf dunia di Singapura, kata beliau lagi dalam ucapannya di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) semalam.



Encik Lee berkata demikian sebagai menggariskan tiga strategi untuk Singapura menjamin masa depan negara ini dan warganya.



Merujuk kepada perang di Ukraine yang telah menambah kepada ketegangan antara Amerika Syarikat dengan China, serta dengan negara-negara lain di Asia Pasifik, Encik Lee berkata Singapura tidak mampu berpihak dengan sebarang negara dan akan berusaha seberapa boleh supaya tidak tersepit dalam sebarang persaingan antara kuasa utama dunia.



Pada masa yang sama, kata Encik Lee, warga Singapura kini terdedah kepada pelbagai kepercayaan dan propaganda serta maklumat kurang tepat, terutama di media sosial.



"Kita perlukan identiti nasional yang kukuh untuk menyatukan kita, dan memberi maksud kepada usaha membangun negara," ujar Encik Lee.



"Kita adalah warga Singapura dan inilah sebabnya kita tidak akan berhenti berusaha membina tempat tinggal yang boleh kita banggakan."



Menambah, Encik Lee berkata budaya etnik dan tradisi agama adalah sebahagian penting identiti warga Singapura, tetapi aspek yang utama dan menyatukan adalah identiti sebagai warga Singapura.



Selain memperkukuh identiti nasional, Singapura harus terus terhubung dengan dunia, termasuk memikat dan mengekalkan kehadiran bakat taraf dunia untuk bekerja di sini, ujar beliau.



"Dalam persaingan sedunia untuk memikat bakat, Singapura tidak mampu ketinggalan," kata beliau, yang berkata negara lain, seperti Jerman dan Britain juga sedang pergiat usaha memikat bakat terbaik dari serata dunia.



NDR, yang diadakan di Kolej Central, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di Ang Mo Kio itu, dihadiri oleh sekitar 1,000 tetamu yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, tokoh politik dan pihak awam.



Ia adalah yang pertama diadakan secara fizikal sejak Covid-19 melanda pada 2020.



Berucap dalam tiga Bahasa, Melayu, Mandarin dan Inggeris, Encik Lee juga memuji sumbangan masyarakat Melayu/Islam dalam usaha membantu negara bangkit lebih kukuh daripada Covid-19.



Menggulung ucapan dalam bahasa Inggeris, yang disampaikan dalam masa sekitar sejam, Encik Lee menggesa warga terus bersatu dan yakin ke atas keupayaan pemimpin mempertahan dan menjamin masa depan negara.



Faktor-faktor ini, serta pasukan kepimpinan bermutu tinggi adalah wajar supaya negara boleh memberi respon kreatif dan teguh kepada cabaran akan datang kata Encik Lee.



Dalam pada itu, Encik Lee turut mengumumkan hasrat pemerintah untuk memansuhkan Seksyen 377A, iaitu undang-undang yang menyifatkan seks antara lelaki sebagai satu jenayah.



Sejajar dengan pengumuman itu, pemerintah juga akan melaksanakan pindaan Perlembangaan untuk melindungi institusi perkahwinan di Singapura sebagai hanya antara lelaki dengan perempuan.




SEKILAS UCAPAN



Menjamin masa depan



  • Perkukuh identiti nasional, warga harus terus bersatu

  • Singapura yang kekal terbuka, terhubung, pikat bakat asing

Cabaran geopolitik, ekonomi



  • Hubungan tegang Amerika-China dijangka berterusan, dirumitkan perang di Ukraine.

  • Singapura berpegang pada undang-undang antarabangsa, anggap serius Perkhidmatan Negara, pastikan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team kekal kukuh

Bangkit dari pandemik



  • Pingat Daya Tahan Covid-19 iktiraf sumbangan individu

  • Pelitup hanya perlu digunakan dalam pengangkutan awam, di hospital, klinik dan rumah tumpangan orang tua. Butiran akan diumumkan Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF).

Seksyen 377A akan dimansuh



Seks antara lelaki tidak lagi dianggap jenayah pada masa depan.



Pemerintah akan pinda Perlembagaan, lindungi institusi perkahwinan sebagai antara seorang lelaki dan seorang perempuan.



Membangun tempat tinggal dan prasarana



  • Kerja-kerja di Terminal 5 dan Pelabuhan Tuas dimulakan semula

  • 150,000 rumah bakal dibina di bandar baru di tapak Pangkalan Udara Paya Lebar




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >