Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERJUMPAAN HARI RAYA MENTERI

'Tingkat taraf kehidupan masyarakat tanggungjawab yang dipikul bersama'

Apr 29, 2023 | 05:30 AM



MENINGKATKAN taraf kehidupan masyarakat merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul bersama.



Pegangan inilah yang telah mendorong Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Second Chance Properties Ltd (SCP), Encik Salleh Marican supaya tampil ke depan untuk memberi sokongan kepada Wakaf Masyarakat Singapura (WMS), yang ditubuhkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Usahawan mapan itu telah mengikrarkan sumbangan dana peribadi sebanyak $2,222,222 kepada wakaf itu.



Beliau adalah di antara beberapa individu yang memberi komitmen sumbangan demi menyokong pembentukan wakaf yang bertujuan menampung pendanaan jangka panjang khususnya untuk institusi-institusi keagamaan, pembangunan asatizah dan program masyarakat.



Pembentukan WMS diumumkan sekitar tiga tahun lalu.



Semasa dihubungi, Encik Salleh menjelaskan wakaf itu adalah sesuatu yang penting dan golongan seperti beliau boleh memainkan peranan dalam memastikan matlamat wakaf itu dapat direalisasikan.



"Saya merasakan sangat penting untuk saya membuat sumbangan kepada wakaf ini yang memang bermakna.



"Makanya, kalau kita dari golongan yang bernasib baik dan mempunyai rezeki yang lebih, memang patut untuk kita asingkan sebahagian daripada harta dunia kita untuk menolong orang yang susah dan menyokong masyarakat.



"Satu cara untuk kita membantu mereka ialah menerusi WMS. Ini kerana wakaf ini akan membantu antara lain dalam usaha meningkatkan masjid dan asatizah.



"Dan ini amat penting, kerana agama, masjid dan asatizah kita memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Inilah yang membuat saya terpanggil untuk membuat sumbangan ini," ujar beliau.



Menurut Encik Salleh lagi, beliau merasakan adalah penting untuk seseorang memulakan langkah mengikrarkan sumbangan lantas menjadi contoh kepada anggota masyarakat.



Ini lebih-lebih lagi untuk dirinya sebagai seorang usahawan.



"Kalau kita melihat dalam masyarakat lain, usaha mengumpul dana lazim dilakukan dan agak cepat untuk mereka mendapat dana itu kerana ramai golongan usahawan yang menyumbang dari segi kewangan.



"Meskipun masyarakat kita tidak mempunyai bilangan peniaga yang serupa tetapi Alhamdulillah, sejak 10 tahun hingga 15 tahun lalu, semakin ramai anggota masyarakat yang menjadi peniaga dan sudah mampu memberi sumbangan.



"Bagi saya, amat penting untuk golongan peniaga memulakan langkah menyumbang kepada wakaf, tidak kira apa sahaja jumlah sumbangan itu.



"Yang penting, kita harus memberi sokongan kerana jika tidak kita, siapa lagi?" gesa Encik Salleh.



Dalam pada itu, seorang lagi penyumbang yang disebut oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dalam ucapan semasa Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri, ialah seorang pesara yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Kasmani, 72 tahun.



Menurut Encik Masagos, Encik Kasmani dan keluarga telah bersepakat menyumbang sebahagian daripada simpanan CPF kepada WMS.



"Mereka mahu aset yang telah dikumpulkan Encik Kasmani semasa beliau sihat dahulu digunakan bagi tujuan amal di dunia dan juga sebagai saham akhirat, yang akan terus mengalir untuk manfaat masyarakat.



"Sama-sama kita mendoakan agar urusan Encik Kasmani sekeluarga dipermudahkan," kata Encik Masagos dalam ucapannya.




“Saya merasakan sangat penting untuk saya membuat sumbangan kepada wakaf ini yang memang bermakna. Makanya, kalau kita dari golongan yang bernasib baik dan mempunyai rezeki yang lebih, memang patut untuk kita asingkan sebahagian daripada harta dunia kita untuk menolong orang yang susah dan menyokong masyarakat. Satu cara untuk kita membantu mereka ialah menerusi WMS. Ini kerana wakaf ini akan membantu antara lain dalam usaha meningkatkan masjid dan asatizah. Dan ini amat penting, kerana agama, masjid dan asatizah kita memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Inilah yang membuat saya terpanggil untuk membuat sumbangan ini.”
– Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Second Chance Properties Ltd (SCP), Encik Salleh Marican.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >