Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tokoh niaga didapati bersalah guna skim PIC untuk tipu Iras lebih $1 juta

Sep 08, 2018 | 05:30 AM



SEORANG ahli perniagaan yang didakwa telah beberapa kali membuat permohonan skim Kredit Produktiviti dan Inovasi (PIC) untuk menipu Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) lebih daripada $1 juta, semalam didapati bersalah dengan tuduhan sengaja menyimpangi keadilan.



Selepas perbicaraan selama 30 hari, Hakim Daerah John Ng juga mendakwa Lim Chit Foo, 35 tahun, atas tiga kesalahan serupa sepertimana yang dilaporkan akhbar The Straits Times (ST) semalam.



Tokoh niaga warga Singapura itu telah melakukan kesalahan tersebut dari Oktober hingga November 2016.



Skim PIC memberi geran wang tunai dan bonus kepada perniagaan untuk menggalakkan penghasilan.



Hos televisyen Mediacorp, Encik Tom Lee Teng, 35 tahun, merupakan salah seorang daripada empat orang yang dikaitkan dengan kes tersebut.



Lim didapati menghasut Encik Lee agar memberi maklumat palsu kepada polis.



Encik Lee memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau sedang mencari rakan perniagaan untuk membantunya menjalankan kedai pakaian pada 2012 dan kakaknya telah memperkenalkannya kepada Lim.



Lim kemudian mencadangkan agar Encik Lee menubuhkan firma yang kemudian dikenali sebagai Stage Group.



Timbalan Pendakwa Raya Christopher Ong, Stacey Fernandez dan Victoria Ting berkata dalam penghujahan mereka:



"Tom juga memberi butiran SingPass miliknya kepada yang didakwa agar dokumen yang berkaitan dapat diserahkan kepada pemerintah kerana Tom sering berada di luar negara untuk persembahan."



Pada sekitar 2013, Lim memberitahu Encik Lee tentang skim PIC. Permohonan telah dibuat dan Encik Lee menandatangani borang.



Lim kemudiannya meminta Encik Lee untuk menggabungkan firma lain, lantas Micbo Remix Jay (MRJ) dibentuk.



DPP berkata: "Walaupun MRJ tidak menjalankan perniagaan pada masa itu, permohonan PIC MRJ bertarikh 4 November 2015 telah dibuat secara dalam talian, berdasarkan pembelian tunai perisian pengurusan hubungan pelanggan... Tom mengekalkan pendirian yang beliau tidak pernah membeli atau melihat perisian yang digunakan dalam MRJ. Tidak ada sebab untuk perisian yang dibeli untuk MRJ kerana MRJ tidak menjalankan sebarang perniagaan."



Encik Lee memberi keterangan bahawa beliau tidak mengemukakan permohonan itu dan "tidak tahu" bagaimana untuk melakukannya.



Encik Lee kemudian berhenti bekerja dengan Lim pada akhir 2015.



Mereka berhubungan melalui telefon pada 26 Oktober 2016 dan Encik Lee merekodkan perbualan itu kerana namanya telah digunakan untuk mengemukakan permohonan PIC yang beliau tidak tahu-menahu.



Encik Lee juga mengesyaki bahawa Lim adalah dalang yang melakukan permohonan itu.



Pendakwa berkata bahawa menerusi klip audio rakaman itu, Lim boleh didengar memberitahu Encik Lee agar memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa beliau telah membeli perisian untuk MRJ dan bahawa dia telah melihat orang-orang di firma itu menggunakannya.



Encik Lee menyerahkan rakaman itu kepada Jabatan Ehwal Komersial (CAD) pada 20 November 2016.



Lim akan kembali ke mahkamah pada 1 Oktober ini untuk mendengar hukuman yang diterimanya.



Mereka yang didapati bersalah menyimpangi laluan keadilan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >