Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ucapan Rapat Hari Kebangsaan PM Lee di depan 2,000 penonton

Aug 29, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan Rapat Hari Kebangsaan hari ini di depan 2,000 penonton di studio Medicorp serta wadah lain seperti sidang video Zoom, televisyen dan dalam talian.



Beliau berkata penyampaian itu dibuat dengan cara yang berbeza tahun ini disebabkan pandemik Covid-19.



Encik Lee akan berucap dalam Bahasa Melayu dan Mandarin dari 6.45 petang hingga 7.15 malam, dan dalam Bahasa Inggeris dari 8 malam hingga 9.15 malam.



Rapat Hari Kebangsaan dianggap sebagai ucapan politik paling penting setiap tahun kerana ia digunakan untuk mengongsi hala tuju masa depan negara, dan juga untuk mengumumkan perubahan dasar.



Namun, ia tidak adakan tahun lalu disebabkan Covid-19.



Dalam temu ramah bulan lalu, Menteri Kewangan Lawrence Wong menyatakan bahawa rapat itu akan menyentuh langkah untuk terus meningkatkan pendapatan rakyat Singapura, terutama mereka yang berpendapatan rendah.



Dalam Amanat Hari Kebangsaannya, Encik Lee akur mengenai kegelisahan terhadap pekerja asing sebagai antara tiga isu yang sukar yang timbul akibat pandemik ini yang perlu ditangani.



Dua lagi isu yang akan diutarakan ialah membantu pekerja bergaji rendah untuk terus maju dan menguruskan isu bangsa dan agama.



Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan) Rahayu Mahzam sebelum ini juga menyatakan isu jururawat Islam mengenakan tudung semasa bertugas akan juga diketengahkan semasa Rapat Hari Kebangsaan.



Ikutilah rapat itu secara langsung di laman Facebook Encik Lee,saluran YouTube Pejabat Perdana Menteri (PMO) (www.youtube.com/pmosingapore) serta perkembangan berita di laman dan media sosial Berita Harian (BH).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >