Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zapin seni persembahan penting di S'pura, Johor

May 03, 2021 | 05:30 AM



ZAPIN merupakan tarian yang berasal daripada Hadramaut di Yaman dan diperkenalkan di Kepulauan Melayu dalam kurun ke-14.



Sejak itu, zapin kekal sebagai bahagian penting dalam seni persembahan Melayu di rantau ini terutama di Johor dan Singapura.



Bahkan festival zapin dianjurkan di bandar-bandar di rantau ini seperti Johor Bahru, Medan, Tanjung Pinang, Pekanbaru dan Jambi.



Dahulu zapin dipersembahkan oleh penari lelaki tetapi hari ini tarian tersebut sudah menjadi kebiasaan dilakukan bersama kededua penari lelaki dan wanita.



Menurut laman www.roots.gov.sg, zapin dahulu selalunya dipersembahkan dalam acara penting seperti majlis berkhatan dan perkahwinan namun sekarang ia popular sebagai seni persembahan masyarakat Melayu.



Terdapat beberapa genre tarian zapin yang dipersembahkan di Singapura termasuk Zapin Arab, Zapin Warisan Budi, Zapin Kampung Melayu, Zapin Tari, Zapin Asyik, Zapin Sungei Kallang dan Zapin Telok Blangah.



Laman tersebut berkata Zapin Asyik merupakan ciptaan Cik Liau Ah Choon, seorang pereka tari yang diambil bertugas oleh kumpulan seni Sriwana dalam tahun-tahun 1960-an.



Manakala lagu dalam Zapin Telok Blangah dicipta oleh pemuzik gambus terkenal, Encik Zubir Abdullah, yang mendapat inspirasi daripada kehidupan dan budaya masyarakat Melayu yang tinggal di Pasir Panjang, Pulau Blakang Mati (kini Sentosa) dan Telok Blangah.



Meskipun kebanyakan penari zapin berbangsa Melayu, terdapat juga penari zapin daripada masyarakat etnik lain.



"Hari ini zapin masih dipersembahkan oleh penari kumpulan Melayu dan pelajar di Singapura.



"Pertandingan tahunan dan acara seperti Festival Belia Singapura dwitahunan, Gemilang: Semarak Tari Singapura anjuran Persatuan Rakyat dan Festival Muara menyediakan platform bagi penari zapin mengasah dan mempamerkan kemahiran tarian mereka," kata laman itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >