Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Kadar pekerja alami kecederaan dalam industri kimia kekal rendah

Jan 21, 2022 | 05:30 AM



KADAR pekerja yang mengalami kecederaan dalam industri kimia secara konsisten kekal rendah sejak 2017, dengan kadar itu kira-kira 30 peratus lebih rendah secara purata berbanding kadar kecederaan nasional, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Ini dapat dikecapi hasil amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, tambah Encik Zaqy semasa berucap di Persidangan Kepimpinan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH): ChemPact 2022 semalam.



Beliau turut menekankan bahawa pemimpin industri juga memainkan peranan penting dalam menetapkan piawaian dan budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.



"Sebagai eksekutif kanan, anda mempunyai kedua-dua kuasa dan kawalan ke atas sumber, yang menyumbang kepada budaya di tempat kerja yang mengutamakan keselamatan dan kesihatan.



"Dengan melakukan tindakan berbanding sekadar bercakap sahaja, mengambil tanggungjawab dan menetapkan jangkaan yang jelas, tindakan anda boleh membantu mengelakkan kemalangan dan melindungi kakitangan anda," kata Encik Zaqy kepada hadirin acara itu.



Acara itu, yang diadakan secara hibrid, dihadiri hampir 270 peserta, yang kebanyakannya eksekutif kanan daripada beberapa industri seperti kimia, perkilangan, logistik dan pengangkutan, pembinaan dan marin.



Meskipun industri kimia mencatatkan kadar kecederaan yang rendah, Encik Zaqy berkata industri itu tidak harus berpuas hati dengan pencapaian tersebut kerana "kemalangan boleh dan akan berlaku jika anda tidak berwaspada atau bersikap cuai".



Beliau memberi contoh kemalangan yang berlaku di sebuah syarikat perkilangan gas pada 2015, yang mencetuskan kebakaran di sebuah makmal dan meragut nyawa seorang ahli kimia yang baru saja pulang dari cuti bersalin, dan mencederakan beberapa pekerja lain.



Siasatan terhadap kejadian itu mendapati makmal tersebut mempunyai beberapa kelemahan sistemik, termasuk kegagalan memastikan pemasangan injap kawal selia yang diubah suai selamat untuk digunakan dan kegagalan menyemak prosedur keselamatan.



Akibatnya, ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu mengaku bersalah dan didakwa di bawah Akta WSH.



Sejak itu, Encik Zaqy berkata beliau gembira melihat peningkatan yang telah dilakukan dalam industri kimia, dengan langkah-langkah positif diambil pihak eksekutif pengurusan teratas.



Antaranya, mereka menunjukkan kepimpinan dengan melakarkan ikrar WSH untuk memberi isyarat kuat tentang keutamaan yang diletakkan pada keselamatan dan kesihatan, memastikan piawaian WSH diteruskan, dan membimbing kakitangan dalam cara melaksanakan amalan WSH yang baik.



Pada 2018, 25 syarikat di Jurong Island telah melancarkan sebuah Kelompok Visi Sifar Jurong Island dalam usaha mengutamakan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan berkongsi amalan dan inovasi terbaik dengan satu sama lain.



Ini memandangkan terdapat banyak operasi proses di pulau itu yang melibatkan bahan-bahan berbahaya, seperti minyak mentah, produk petroleum mudah terbakar, dan bahan kimia kakis.



Gerakan Visi Sifar, atau Vision Zero, adalah sebuah usaha nasional yang bertujuan menerapkan pemikiran bahawa setiap kecederaan dan masalah kesihatan disebabkan kerja boleh dielakkan.



Di bawah kelompok itu, pelbagai inisiatif telah dilancarkan bagi industri kimia, termasuk forum dan surat berita yang mengongsi amalan WSH yang baik dalam sektor itu.



Dalam pada itu, Encik Zaqy turut melancarkan video 'National Vision Zero' semalam yang bertujuan memperluaskan lagi gerakan mengutamakan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.



"Saya berharap video ini akan menjadi inspirasi bagi anda bahawa pekerja kita merupakan aset terbesar dan paling berharga kita. Itu sebabnya mengapa kita harus melakukan yang terbaik untuk memastikan semua kecederaan dan masalah kesihatan dicegah demi mereka," kata beliau.




"Sebagai eksekutif kanan, anda mempunyai kedua-dua kuasa dan kawalan ke atas sumber, yang menyumbang kepada budaya di tempat kerja yang mengutamakan keselamatan dan kesihatan. Dengan melakukan tindakan berbanding sekadar bercakap sahaja, mengambil tanggungjawab dan menetapkan jangkaan yang jelas, tindakan anda boleh membantu mengelakkan kemalangan dan melindungi kakitangan anda."
- Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >