Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Akses percuma 3 bulan bagi kandungan premium BH di OTH

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akses percuma 3 bulan bagi kandungan premium BH di OTH

Dec 30, 2023 | 06:37 PM



Cik Tan Nurulhuda Muhammad Zaki sentiasa mencari artikel mengenai hal ehwal semasa.

Apabila mendapat tahu bahawa Our Tampines Hub (OTH) kini menyediakan akses percuma kepada kandungan premium Berita Harian (BH) dan enam penerbitan SPH Media lain, tanpa memerlukan langganan, guru prasekolah berusia 35 tahun itu mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat terkini tentang hal ehwal semasa yang berkaitan dengan masyarakatnya.


Selain itu, ia menjadi peluang baginya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu, subjek yang akan diajarnya pada 2024.

Mulai 30 Disember 2023 hingga 31 Mac 2024, pengunjung OTH dapat akses percuma kepada kandungan premium SPH Media tanpa memerlukan langganan.

Kerjasama selama tiga bulan itu sebahagian daripada kempen literasi digital yang bertujuan memperkenalkan bacaan berasaskan lokasi kepada mereka yang berada di OTH.

Dengan mengimbas kod QR di lokasi tersebut dan membenarkan akses lokasi kepada peranti peribadi, orang ramai yang berada dalam radius 120 meter dari OTH boleh memilih untuk membaca kandungan premium daripada BH, The Straits Times, The Business Times, Lianhe Zaobao, Shin Min Daily News, Tamil Murasu atau majalah UWeekly.


“Kini, dengan kandungan yang tersedia secara percuma, ia memberikan peluang bagi saya untuk mengakses semua isi dan mendedahkan saya kepada ciri-ciri yang terdapat dalam laman BH, serta mempertimbangkan langganan penuh.

“Pastinya ia dapat memanfaatkan ramai orang memandangkan OTH sering menjadi tempat yang dikunjungi keluarga dan pelajar,” kata Cik Tan kepada BH pada 30 Disember.

Selain itu, beliau, yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua anak, meluahkan kegembiraannya apabila menemui bahagian yang dikhaskan untuk agama dalam penerbitan tersebut – sesuatu yang sebelum ini tidak diketahuinya.

“Sungguh unik melihat bahagian yang tertumpu pada hal keagamaan yang tidak ditemui dalam akhbar lain dan ia tentunya boleh memberi manfaat yang besar kepada masyarakat kita,” katanya.

Encik Mohamed Ali Matsom, 56 tahun, dan isterinya Cik Kamisah Samad, 55 tahun, turut berkongsi perspektif mereka mengenai inisiatif itu.

Mengimbas masa muda, Encik Ali, pembimbing pemandu perkhidmatan negara, teringat beliau sering membeli salinan fizikal BH, kerana meminati bahagian sukan. – DAYANA AZMIBagaimanapun, beliau menyatakan dalam era yang semakin digital beliau lebih sering mengakses sumber berita lain, yang umumnya dalam Bahasa Inggeris, melalui media sosial atau Google.


“Ia adalah langkah baik oleh SPH Media untuk memperluaskan akses kepada berita dalam talian kerana saya berasa selain golongan tua, orang zaman sekarang terutamanya yang muda dan menggunakan telefon bijak jarang membeli salinan fizikal,” tambah Cik Kamisah, seorang akauntan.


Salah satu ciri BH yang dialu-alukan Encik Ali ialah kisah kejayaan dari masyarakat Melayu dan melihat bagaimana generasi muda menjadi harapan masyarakat serta bagaimana individu dari masyarakat berhasil mengatasi berbagai cabaran.


“Saya juga berharap dapat melihat kandungan yang lebih luas kerana percaya pengembangan ini bermanfaat untuk masyarakat, memperkayakan pengetahuan kita tentang peristiwa semasa dan pelbagai perspektif di luar konteks tempatan,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >