Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Gardens by the Bay lancar dana pembelajaran semai budaya baca

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gardens by the Bay lancar dana pembelajaran semai budaya baca

Dec 10, 2023 | 03:07 PM



Lebih 10,000 kanak-kanak dan ibu bapa daripada keluarga berpendapatan rendah bakal meraih manfaat daripada kegiatan pendidikan percuma berasaskan alam semula jadi di bawah satu dana baru oleh Gardens by the Bay.

Diberi nama Dana Pembelajaran Gardens, ia bertujuan membantu ibu bapa daripada keluarga berpendapatan rendah menyemai budaya membaca dalam kalangan anak-anak.

Ia khusus bagi anak-anak yang berusia antara empat dengan lapan tahun menerusi kegiatan bahasa dan celik huruf yang berpaksikan tema alam semula jadi serta kelestarian.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), Cik Indranee Rajah, melancarkan dana tersebut pada 10 Disember di Gardens by the Bay.

Menurut kenyataan Gardens by the Bay pada 10 Disember, Dana Pembelajaran Gardens dijangka memberi manfaat kepada 10,000 kanak-kanak dan ibu bapa mereka dalam tempoh tiga tahun.

Dana itu ditubuhkan hasil sumbangan derma $750,000 daripada seorang penderma, Encik Tan Aik Hock.

Gardens by the Bay bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan dalam menjalankan kegiatan pendidikan di bawah Dana Pembelajaran Gardens.

Ini termasuk KidSTART Singapore, pertubuhan amal belia, Rangkaian Heartware (HWN) dan Majlis Pembangunan Masyarakat Tengah Singapura (CSCDC).

Diadakan setiap hujung minggu di Gardens Learning Hub di Gardens by the Bay, kegiatan itu merangkumi sesi bercerita interaktif yang dikendalikan oleh KidSTART Singapore, sebuah program hibrid oleh HWN yang menggabungkan sesi membantu murid sekolah rendah meningkatkan bahasa Inggeris dengan permainan luar, dan sesi bercerita bagi penerima CSCDC kendalian HWN.

Semasa pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif, Gardens by the Bay, Encik Felix Loh, berkata:

“Melalui Dana Pembelajaran Gardens baru, kami memperluaskan komitmen ini dengan menyediakan lebih ramai golongan muda akses kepada alam semula jadi dan kegiatan pendidikan berasaskan kemampanan, tidak kira latar belakang mereka.

“Matlamat kami adalah untuk mencetuskan rasa ingin tahu dan minat terhadap alam semula jadi dari awal.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >