Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Gema selawat dan khatam Al-Quran di Suntec City

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gema selawat dan khatam Al-Quran di Suntec City

Program oleh Masjid Ar-Raudhah pada acara ‘Halal Eid Expo’
dapat sambutan memberangsangkan
Feb 25, 2024 | 05:30 AM



Meriah dan matlamat tercapai. Itulah yang diraih Masjid Ar-Raudhah apabila ia menyertai acara ‘Halal Eid Expo’ di Suntec Convention dan Exhibition Centre anjuran MegaXpress dari 10 hingga 12 Februari lalu.

Istimewanya acara itu, dengan program-program yang biasanya dianjurkan di masjid-masjid, membuahkan hasil amat memuaskan apabila diadakan di ekspo tersebut.

Mengulas, anggota Lembaga Pengurusan Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan, berkata:

‘‘Kami bersyukur dapat membawa program-program agama mendekati masyarakat di luar masjid. Terima kasih kepada para pengunjung yang telah ke reruai kami untuk membuat wakaf, menderma dan membeli kurma ajwa amal. Jemaah yang terlepas kesempatan ini, masih boleh membuat wakaf, menderma dan membeli kurma ajwa amal di Masjid Ar-Raudhah.’’

Masjid Ar-Raudhah juga berbesar hati kerana hasil pameran tersebut mengeratkan lagi kerjasama antara pegawai dengan wakil masjid-masjid yang mengambil bahagian.

Selain itu, turut diadakan dan memeriahkan lagi suasana ialah ‘Senam Ria’ bersama kaum Muslimah masjid-masjid bimbingan Cik Hasnah Masnod.

Ustaz Mohamed Ali menambah:

‘‘Boleh dikatakan acara ini telah berhasil kerana sambutan baik yang diterima dan kerjasama yang terlihat antara masjid-masjid yang telah bergabung tenaga dan meluangkan masa untuk memberikan sokongan dan menjayakannya.

‘‘Hubungan antara pegawai masjid juga kelihatan lebih erat, begitu juga hubungan bersama sukarelawan yang bertugas di reruai-reruai jualan.’’

HULUR DERMA


Cara menderma kepada Masjid Ar-Raudhah:

1. PayNow ke: UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan rujukan. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Kiriman cek atas nama Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah dan poskan ke alamat 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

4. Wakaf melalui arraudhahmosque.mimbar.sg

5. Hubungi talian +65 6899-5840 atau layari arraudhahmosque.com untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >