Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih 90% pelajar lulus peperiksaan GCE ‘A’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 90% pelajar lulus peperiksaan GCE ‘A’

Feb 23, 2024 | 03:30 PM



Sebahagian besar atau 93.9 peratus kohort pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘A’ berjaya meraih sekurang-kurangnya tiga kelulusan H2, dengan kelulusan dalam Kertas Am (GP) atau Pengetahuan dan Inkuiri (KI).

Ini bermakna daripada 10,899 pelajar yang menduduki peperiksaan nasional itu pada 2023, 10,238 pelajar berjaya meraih kelulusan sedemikian.

Ia setanding dengan prestasi kohort pelajar pada tahun-tahun sebelumnya, menurut kenyataan bersama Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) pada 23 Februari.

Pelajar yang berminat membuat permohonan bagi kemasukan atau mendapatkan biasiswa bagi universiti berautonomi (AU) digalak untuk menyerahkan surat permohonan mereka dalam talian.

Kesemua calon sekolah yang memohon untuk memasuki AU dalam talian tidak perlu menyerahkan salinan fizikal sijil peperiksaan GCE ‘A’ mereka.

Maklumat lanjut tentang proses kemasukan AU boleh didapati di laman sesawang sekolah masing-masing dan pemohon boleh mendekati AU secara langsung untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Sementara itu, lulusan GCE ‘A’ yang layak dan ingin melanjutkan pelajaran mereka ke politeknik boleh meraih manfaat daripada pengecualian modul dalam sekitar 135 kursus.

Ini akan mengurangkan masa yang diambil bagi mereka meraih diploma daripada politeknik sehingga setahun.

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan secara langsung ke politeknik pada 23 Februari hingga 7 Mac bagi kemasukan kelas pada April 2024.

Pelajar juga boleh membuat permohonan secara langsung ke politeknik pada Ogos bagi kemasukan kelas pada Oktober 2024.

Pelajar yang memerlukan bimbingan bagi pilihan pendidikan mereka boleh mendapatkan bantuan guru atau kaunselor Bimbingan Kerjaya Pendidikan (ECG).

Pelajar juga boleh melungsuri portal MySkillsFuture dan Course Finder oleh Kementerian Pendidikan (MOE) untuk mengetahui pilihan pendidikan dan laluan kerjaya yang tersedia untuk mereka.

Untuk melengkapkan sokongan ECG yang disediakan oleh sekolah, pelajar juga boleh membuat
temu janji untuk mendapatkan kaunseling ECG di https://go.gov.sg/moe-ecg-centre.

Pusat ECG MOE menawarkan perkhidmatan kaunseling menerusi telefon atau dalam talian kepada calon GCE peringkat A dari Isnin, 19 Februari hingga Sabtu, 16 Mac 2024.

Talian dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat dan 9 pagi hingga 12 tengah hari pada Sabtu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >