Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pencalonan bagi Anugerah Guru Arif Budiman 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pencalonan bagi Anugerah Guru Arif Budiman 2024

Feb 02, 2024 | 02:31 PM



Pencalonan bagi Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) 2024 telah dibuka pada 2 Februari dan akan ditutup pada 1 April.

Pelajar, pendidik, ibu bapa dan orang ramai dijemput mencalonkan guru cemerlang Bahasa Melayu bagi anugerah tersebut.

Anugerah itu dianjurkan bersama Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM), Berita Harian dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Kenaikan Pangkat Bahasa Melayu (MLLPC).

Agab mengiktiraf guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah, maktab rendah, dan Institut Millenia yang memberi sumbangan besar dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Calon dinilai berdasarkan keupayaan mereka menyemai pengetahuan, kemahiran dan minat dalam pembelajaran bahasa, sastera dan budaya Melayu, serta jagaan dan keprihatinan mereka terhadap kesejahteraan pelajar mereka.

Mereka juga dinilai berdasarkan kebolehan mencerminkan nilai murni Arif Budiman – insan berilmu pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat – melalui khidmat cemerlang dan menjadi suri teladan sebagai seorang pendidik.

Anugerah itu akan diberi dalam dua kategori – Perangsang (kurang 10 tahun dalam perkhidmatan perguruan) dan Teladan (10 tahun dan ke atas dalam perkhidmatan perguruan).

Dianjurkan sejak 2007, Agab telah mengiktiraf 77 guru Bahasa Melayu.

Pencalonan boleh dibuat dalam talian melalui https://go.gov.sg/agab2024 dan juga di lelaman www.mbms.sg dan www.mllpc.sg.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi jawatankuasa penganjur Agab 2024 di MOE_MLLPC_Secretariat@moe.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >