Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Peranan keluarga, asatizah penting dalam tangani kesihatan mental

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peranan keluarga, asatizah penting dalam tangani kesihatan mental

Feb 06, 2024 | 08:49 PM



Masih terdapat tanggapan tidak tepat mengenai isu kesihatan mental dalam masyarakat Melayu/Islam, dengan sesetengahnya berasa pendekatan kerohanian adalah satu-satunya penyelesaian kepada cabaran tersebut.

Demikian dikongsi beberapa Anggota Parlimen (AP) termasuk Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) dan Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang) pada 6 Februari semasa perbahasan usul berkaitan kesihatan mental di Parlimen.

Dalam ucapannya, Dr Wan Rizal berkata usaha untuk membanteras stigma kesihatan mental memerlukan, bukan sahaja sokongan pemerintah dan badan-badan kesihatan, malah ia juga memerlukan sokongan keluarga dan orang-orang terdekat seperti ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, rakan-rakan dan para asatizah.

Beliau berkata semasa pertemuannya bersama pemimpin masyarakat, termasuk asatizah menerusi Pergas, mereka berkongsi masih ada tanggapan yang kurang tepat tentang isu masalah kesihatan.

“Isu persepsi kerohanian sebagai satu-satunya penyelesaian bagi masalah kesihatan mental sering diketengahkan. Sering kali, individu yang menghadapi masalah kesihatan mental dituduh kurang iman atau kurang melakukan amal ibadah.

“Ini adalah pandangan yang bukan hanya mempersalahkan mereka yang memerlukan bantuan, tetapi juga dapat memburukkan keadaan kesihatan mental mereka.

“Selain itu, ada pula berpandangan bahawa individu yang mengalami masalah kesihatan mental sebenarnya sedang dirasuk oleh makhluk halus dan memerlukan campur tangan keagamaan untuk menyembuhkannya,” kata Dr Wan Rizal.

Beliau menambah tanggapan sedemikian boleh mengakibatkan stigma dan ketakutan di kalangan masyarakat, dan boleh menyebabkan individu yang memerlukan bantuan pakar menghadapi tekanan.

Justeru, beliau berharap masyarakat Melayu dapat meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental dan pendekatan yang seimbang dari segi fizikal, emosi, psikologi, dan kerohanian.

“Dalam usaha untuk memahami dan merawat masalah kesihatan mental dengan efektif, kita tidak perlu memisahkan isu kerohanian daripada perubatan dan terapi pakar.

“Kerohanian boleh menjadi satu aspek sokongan, tetapi ia tidak boleh dijadikan satu-satunya penyelesaian untuk masalah kesihatan mental yang kompleks.

“Bagi saya, kedua-duanya penting, malah gunakan kedua-duanya. Yang penting rawatan dapat dicepatkan,” kata Dr Wan Rizal.

Selain Dr Wan Rizal, Cik Mariam turut menekankan peri pentingnya agar masyarakat Melayu/Islam, khususnya golongan yang lebih berusia, meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan mental.

Semasa ucapannya, Cik Mariam sebak ketika berkongsi kisah berkenaan penduduknya yang kehilangan anaknya yang membunuh diri setelah kehilangan kerja dan menghadapi stigma dan kecaman oleh keluarga mentuanya. Anaknya juga mengalami gangguan bipolar.

“Ketika beliau kehilangan kerja, ibu mentuanya mengherdik dan menghinanya. Beliau juga sering dimarahi dan dituduh sebagai lemah iman, kurang solat dan terpesong jauh dari Tuhan.

“Respons sedemikian bukan sesuatu yang jarang berlaku di dalam masyarakat kita. Saya pernah mendengar keluhan orang ramai bahawa keluarga mereka sendiri tidak percaya bahawa mereka mengalami masalah kesihatan mental.

Dalam ucapannya, beliau berkata walaupun ramai belia Melayu mempunyai pemahaman yang baik mengenai isu kesihatan mental, ramai anggota keluarga yang lebih berusia tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai isu kesihatan mental.

“Kita harus sedar bahawa mereka merupakan kunci terhadap usaha meningkat kesedaran tentang kesihatan mental. Kita tidak boleh meremehkan jumlah usaha yang sangat-sangat diperlukan ini.

“Rumahlah tempat yang terbaik untuk memulakan usaha ini.

“Jikalau mereka (masyarakat Melayu) dapat meningkat kesedaran isu mental dalam kalangan keluarga mereka sendiri dan keluarga mereka kemudiannya dapat membantu meningkatkan kesedaran tersebut kepada orang lain, pastinya masyarakat kita akan lebih menyokong dan memahami akan isu tersebut,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >