Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Perlu sumbangan dalam bentuk zakat harta, fidyah dan infak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Perlu sumbangan dalam bentuk zakat harta, fidyah dan infak

Bantuan penting untuk bangun institusi
pendidikan Muhammadiyah
Mar 12, 2024 | 05:31 AM



Persatuan Muhammadiyah mengharapkan sumbangan masyarakat dalam bentuk zakat harta, fidyah dan infak demi memastikan institusi pendidikan Islam dapat terus berkembang dalam usaha menyebarkan ilmu.

Bukan sahaja menawarkan khidmat kebajikan kepada masyarakat, Muhammadiyah malah turut memainkan peranan penting dalam memupuk masyarakat berjaya dalam pendidikan Islam.

Institusi pendidikan pertama Persatuan Muhammadiyah ialah Tadika Muhammadiyah yang ditubuhkan lebih 40 tahun lalu.

Hari ini, ia masih beroperasi di 66 Jalan Lapang.

“Alhamdulillah, kami melihat permintaan ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke Tadika Muhammadiyah.

“Setiap tahun pengambilan pelajar tadika kami cepat penuh. Kami amat menghargai kepercayaan yang diberikan kepada kami,” kata Pengetua Tadika Muhammadiyah, Cik Nur Nadia Abdul Rahman.

Tadika Muhammadiyah telah meraih pelbagai pencapaian seperti persijilan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) dan mengekalkan kadar kejayaan yang tinggi bagi kemasukan ke madrasah.

Pada 1984, Persatuan Muhammadiyah telah menubuhkan Kelas Asas Bimbingan Agama (KABA), iaitu madrasah mingguan. Ia menyusuli permintaan masyarakat bagi pendidikan asas Islam untuk pelajar di sekolah sekular.

Demi memenuhi keperluan masyarakat, madrasah ini mula mengajar dalam dua bahasa, Melayu dan Inggeris, beberapa tahun lalu.

Muhammadiyah juga telah menubuhkan Kolej Islam Muhammadiyah (KIM) pada 2000.

Ia merupakan institusi pengajian tinggi Islam pertama di Singapura, menawarkan sijil sehingga ijazah sarjana muda dalam pendidikan Islam.

Sehingga kini, kolej ini telah mendidik dan membimbing lebih 4,000 pelajar.

Segelintir daripada lulusan kolej ini juga merupakan penerima program biasiswa yang ditawarkan Persatuan Muhammadiyah.

Kolej Islam Muhammadiyah turut menawarkan program dalam bahasa Inggeris kerana permintaan yang semakin meningkat. Jumlah pendaftaran turut meningkat dari tahun ke tahun.

Program-program ini mengenakan bayaran berpatutan kerana Persatuan Muhammadiyah percaya bahawa pendidikan Islam untuk semua peringkat harus mudah diakses oleh semua umat Islam.

Dalam kalangan pelajar juga, mereka terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah.

Persatuan Muhammadiyah menawarkan yuran bersubsidi bagi golongan itu.

Persatuan Muhammadiyah menerima dan mengeluarkan zakat harta dan fidyah sepanjang tahun.

Untuk menghulur sumbangan, sila layari laman web, muhammadiyah.org.sg/zakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >