Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

S’pura, M’sia meterai MOU banteras penipuan rentas saluran telekomunikasi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, M’sia meterai MOU banteras penipuan rentas saluran telekomunikasi

Feb 26, 2024 | 05:17 PM



Singapura dan Malaysia telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) pada 25 Februari, sebagai usaha mencegah dan melawan penipuan merentas saluran telekomunikasi.

Di bawah persetujuan ini, kededua negara berusaha mengukuhkan pertukaran kecerdasan strategik rentas sempadan untuk melawan penipuan merentas saluran telekomunikasi. 

Mereka juga akan memacu pendekatan serantau yang diselaraskan untuk melindungi warga kededua negara daripada penipu, kata Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dalam satu kenyataan pada 26 Februari.

MOU telah dimeterai semasa Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona, Sepanyol.

Ia ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif IMDA, Encik Lew Chuen Hong, dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

IMDA berkata penipuan adalah isu rentas sempadan yang memerlukan kerjasama kukuh antara negara.

“Singapura dan Malaysia adalah jiran dekat dan berkongsi keazaman yang sama dalam melawan penipuan,” ujarnya. Kededua negara telah bekerjasama antara lain dalam tindakan penguatkuasaan rentas sempadan terhadap penipu.

“Justeru, Malaysia adalah rakan kongsi penting untuk Singapura membina kerjasama serantau dalam memerangi penipuan merentas saluran telekomunikasi,” tambah IMDA.

MOU itu akan menyediakan bantuan kawal selia dan kerjasama yang berkaitan dengan panggilan telefon dan kiriman mesej penipuan dan memudahkan kajian dan pendidikan mengenainya. Ia juga akan memudahkan pertukaran ilmu dan kepakaran bersama melalui program latihan dan pertukaran kakitangan.

Pada Oktober 2023, IMDA menandatangani MOU yang serupa bersama Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat untuk mempertingkat lagi usaha rentas sempadan antara kededua negara dalam membanteras komunikasi menyalahi undang-undang, seperti penipuan.

MOU itu berusaha meningkatkan kerjasama dalam aktiviti penguatkuasaan kawal selia yang berkaitan dengan penipuan, terutama yang dijalankan menerusi saluran komunikasi seperti panggilan dan hantaran mesej mudah alih.

Ia juga bertujuan meningkatkan pertukaran maklumat bersama dalam bidang seperti rangka kerja pengawalseliaan dan huraian teknikal dan dasar berkaitan dengan komunikasi yang menyalahi undang-undang di Singapura dan Amerika.

IMDA juga telah mengikat MOU berkaitan penipuan dengan Jabatan Ehwal Dalaman New Zealand dan Penguasa Komunikasi dan Media Australia.

IMDA berkata: “MOU terbaru ini bersama MCMC melambangkan langkah seterusnya untuk mengukuhkan perkongsian antarabangsa menentang penipuan yang muncul menerusi saluran telekomunikasi.”


Kongres Dunia Mudah Alih dihadiri puluhan ribu peserta daripada pengeluar peranti, pengendali mudah alih dan penyedia teknologi, antara lain. Kongres itu berlangsung selama empat hari bermula 26 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >