Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH - PEMINDAHAN PEMAIN

Arsenal lengkapi pembelian bakat muda dari Porto

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Arsenal melengkapkan pembelian pemain tengah Porto, Fabio Vieira, dengan nilai £34.2 juta ($58.1 juta).



Porto mengeluarkan kenyataan pada Jumaat lalu mengatakan The Gunners akan membuat bayaran awal £29.9 juta untuk pemain berusia 22 tahun itu, dengan bakinya berkemungkinan adalah tambahan lain.



Arsenal kelmarin mengumumkan bahawa Vieira telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama mereka.



"Saya sangat teruja kami mengenal pasti dan menandatangani bakat yang begitu istimewa," kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.



"Fabio ialah pemain yang sangat kreatif yang akan membawa kualiti tinggi dan kepelbagaian dalam permainan kami."



Vieira belum menerima penampilan seniornya untuk Portugal, tetapi dinobat sebagai pemain terbaik pertandingan di Kejohanan Bawah 21 Tahun Eropah tahun lalu.



Beliau menyumbatkan enam gol dan menghasilkan 14 assist - yang tertinggi dalam liga - dalam 27 aksi Liga Primeira musim lalu ketika membantu Porto meraih gelaran tahap tinggi di Portugal.



"Fabio ialah pemain dengan kualiti istimewa yang selesa menguasai bola semasa membantu jentera serangan pasukan," tambah pengarah teknikal Arsenal, Edu.



"Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengannya dan menikmati sumbangannya kepada Arsenal pada masa akan datang.



"Kami kini akan terus berusaha gigih dan sasar menamatkan tempoh pemindahan ini sebaik mungkin."



Vieira merupakan muka baru ketiga The Gunners pada musim panas ini, selepas penjaga gawang Amerika Syarikat, Matt Turner, dan penyerang remaja asal Brazil, Marquinhos.



Vieira berkata beliau sudah bercakap dengan Arteta tetapi belum bersua dengan warga Sepanyol itu.



"Ini adalah satu langkah penting dalam masa depan bola sepak saya," katanya kepada laman web rasmi Arsenal.



"Ia sememangnya satu proses yang pantas. Ia adalah sesuatu yang menarik minat saya.



"Bertemu dengan orang ramai di kelab ini adalah sesuatu yang positif bagi saya. Saya menyukainya di sini dan akan memberikan segala-galanya kepada pasukan." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >