Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA CARABAO

Arteta puji Arsenal selepas seri dengan Liverpool

Jan 15, 2022 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji "perjuangan, keazaman selain kerjasama sepasukan" pasukan Gunners yang hanya mempunyai 10 pemain di padang tetapi mampu mengecewakan Liverpool pada perlawanan pertama separuh akhir Piala Carabao di Anfield.



Arsenal terpaksa bertahan lebih sejam beraksi dengan kekurangan seorang pemain yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 0-0 di Anfield, pagi semalam.



The Gunners dilihat perlu membayar harga yang tinggi selepas kapten pasukan, Granit Xhaka dibuang padang kerana mengasari Diogo Jota hanya selepas 24 minit permainan.



Bagaimanapun, Liverpool nyata terkesan tanpa khidmat Mohamed Salah dan Sadio Mane terutama dalam usaha mencipta peluang bertemu lawan.



Walaupun berdepan tekanan hebat, Arsenal mencatatkan peluang pertama mengenai sasaran pada minit ke-71, tetapi sentuhan pertama yang lemah oleh Bukayo Saka membolehkan Alisson menyekat rembatan pemain England itu dari jarak dekat.



Peluang terbaik Liverpool jatuh kepada Takumi Minamino apabila percubaanya melepasi palang apabila berdepan jaringan terbuka di peringkat penutup perlawanan itu.



"Mereka tidak pernah berputus asa walaupun ia amat sukar menentang lawan ini," kata Arteta.



"Saya berkata kepada pemain sebelum perlawanan bahawa anda perlu mempunyai sikap tertentu dan pada saat-saat sukar anda perlu bertindak balas - saya fikir pemain Arsenal melakukannya dengan sangat baik," tambahnya.



"Kami bermain dengan cara permainan yang kami perlu mainkan. Saya menjangkakan sekarang peminat kami akan mencipta suasana yang lebih baik (dalam perlawanan kedua) berbanding hari ini," kata Arteta.



Aksi separuh akhir pertama yang sepatutnya berlangsung di Emirates minggu lalu terpaksa ditangguhkan berikutan penularan Covid-19 di kalangan pemain Liverpool ketika Chelsea sudah menunggu lawan mereka pada aksi final di Wembley bulan depan.



The Reds kehilangan khidmat Salah dan Mane kerana tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan masing-masing di Piala Negara-Negara Afrika.



Bagaimanapun Liverpool tidak berdepan masalah kecederaan dan Jurgen Klopp menyenaraikan barisan terkuat.



Xhaka kekal menjadi pilihan utama untuk Arteta di sebalik berdepan isu masalah disiplin.



Bagaimanapun beliau terlepas untuk beraksi bertemu Tottenham awal pagi Isnin ini serta separuh akhir Piala Liga, Jumaat depan selepas dibuang padang buat kali kedua musim ini.



Arteta juga berdepan kebimbangan mengenai keadaan Bukayo Saka yang dilihat mengalami kecederaan di hujung perlawanan.



Perlawanan kedua berlangsung di Stadium Emirates pada pagi Jumaat depan.



Pemenang perlawanan itu akan menentang Chelsea dalam perlawanan akhir di Wembley pada penghujung Februari ini, selepas pasukan bimbingan Thomas Tuchel melengkapkan kemenangan agregat 3-0 ke atas Tottenham Rabu lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >