Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Bos Terbuka Australia: Pengecualian vaksin Djokovic tiada 'layanan khas'

Jan 06, 2022 | 05:30 AM



MELBOURNE: Novak Djokovic tidak menerima "bantuan istimewa" untuk bermain di kejohanan Grand Slam pertama tahun ini, tegas ketua Tenis Australia Craig Tiley semalam, ketika langkah untuk memberi pengecualian perubatan kepada pemain Serbia itu mencetuskan kemarahan.



Juara Terbuka Australia sembilan kali itu mengumumkan lewat kelmarin bahawa beliau dalam perjalanan ke Melbourne dengan "keizinan pengecualian", mengakhiri saga yang berlarutan mengenai sama ada beliau akan mempertahankan gelarannya.



Semua peserta di kejohanan itu, yang bermula Isnin depan, mesti divaksin terhadap Covid-19 atau diberikan pengecualian, yang dinilai oleh dua panel pakar bebas.



Pemain nombor satu itu berkali-kali enggan mengesahkan sama ada beliau telah mendapatkan suntikan vaksin dan sebelumnya menyuarakan tentangan terhadap vaksin koronavirus.



Keputusan untuk memberi Djokovic pengecualian mencetuskan kritikan tajam di Australia, dengan lebih 90 peratus penduduk berusia 16 tahun ke atas telah menerima dua dos vaksin Covid-19.



Melbourne dikenakan tempoh sekatan pergerakan keseluruhan yang paling lama di dunia demi membendung virus, dan wabak varian Omicron telah menyaksikan jumlah kes mencapai tahap rekod.



"Saya rasa ia menjijikkan. Saya fikir dia seharusnya membuat keputusan lebih awal sebelum sekarang dan ia seharusnya bukan keputusan di saat-saat akhir untuk membawa dia (Djokovic) ke sini," kata penduduk Melbourne Ron Wilson kepada AFP semalam.



Penduduk kota lain bersikap lebih simpati, dengan Morteza Yari berkata: "Saya fikir selagi pengecualian itu sah dan mereka ada sebab yang sah, saya tidak melihat apa masalahnya."



Tiley menegaskan keputusan itu di luar kawalan lembaga dan mempertahankan integriti proses memberi pengecualian, yang dikendalikan oleh pemerintah kebangsaan dan negeri Victoria, yang menyemak permohonan pemain.



Beliau mendedahkan 26 pemain atau kakitangan sokongan mereka daripada 3,000 orang atau lebih membuat perjalanan ke Australia telah memohon pengecualian, dan hanya segelintir yang berjaya.



"Sesiapa yang memenuhi syarat ini telah dibenarkan masuk. Tiada bantuan istimewa. Tiada peluang khas diberikan kepada Novak," kata Tiley kepada televisyen Channel Nine.



Pemangku Menteri Sukan Victoria Jaala Pulford, di satu sidang media, berkata:



"Saya fikir ramai dalam masyarakat Victoria akan kecewa dengan hasil keputusan ini.



"Tapi, proses adalah proses, tiada siapa yang mendapat layanan istimewa. Proses ini sangat mantap. Ia menghalang identiti peribadi individu daripada didedahkan, dan kami sudah sampai di tahap ini, dan tenis boleh bermula."



Tiley menambah sebab pengecualian termasuk tindak balas buruk sebelum ini terhadap vaksin, pembedahan besar baru-baru ini atau miokarditis atau bukti bersijil yang mengesahkan jangkitan Covid dalam enam bulan sebelumnya.



Ia tidak jelas sama ada ini berlaku kepada Djokovic, walaupun beliau pernah dijangkiti virus itu pada 2020. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >