Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dortmund akan beraksi di SG

Sep 14, 2022 | 05:30 AM



PENYOKONG juara Jerman lapan kali, Borussia Dortmund akhirnya akan berpeluang melihat pasukan kegemaran mereka beraksi di Singapura



Kelab itu, kelmarin, mengumumkan mereka akan melawat Asia Tenggara dari 21 November hingga 1 Disember dan beraksi dalam beberapa perlawanan dengan pasukan setempat di Singapura, Indonesia dan Vietnam.



Butiran mengenai pasukan lawan dan jadual perlawanan tersebut akan diumumkan nanti.



Dortmund, yang mempunyai pejabat di Singapura sejak 2014, kali terakhir singgah ke sini pada 2015 dalam perjalanan ke Johor untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Johor Darul Takzim (JDT).



Mereka telah merancang untuk kembali bermain di sini pada 2019 dan 2020 dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa, tetapi tempoh kejohanan dikurangkan dan kemudiannya dihentikan sama sekali kerana pandemik Covid-19.



Pengarah urusan Dortmund, Carsten Cramer berkata: "Berikutan tempoh sekatan yang sangat panjang akibat pandemik Covid-19, kami amat berbesar hati kerana akhirnya dapat melawat ramai peminat dan rakan kongsi kami di Asia Tenggara sekali lagi.



"Kami berasa sangat dialu-alukan di rantau ini selama bertahun-tahun dan tidak sabar untuk mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada orang ramai atas semangat mereka, serta juga atas kesabaran mereka".



Bagaimanapun, mereka akan beraksi tanpa bintang Piala Dunia seperti Julian Brandt dan Marco Reus dari Jerman semasa lawatan pertengahan musim ini kerana pertandingan empat tahunan itu berlangsung di Qatar dari 20 November hingga 18 Disember.



Pengarah sukan Dortmund, Sebastian Kehl menyatakan bahawa "gangguan unik pada musim ini... memberi cabaran luar biasa untuk semua kelab" sambil menambah bahawa lawatan ini akan membantu pemain Bawah 23 tahun dan Bawah 19 tahun mereka "yang kami ingin perkenalkan kepada skuad senior di peringkat tinggi".



Jurulatih Edin Terzic menambah: "Apabila terdapat jadual perlawanan yang padat, biasanya hampir tidak ada masa untuk lawatan ke luar negara untuk berhubung dengan negara dan rakyatnya.



"Ia berbeza dalam kes yang luar biasa ini, dan sebagai tambahan kepada beberapa perlawanan sukan yang menarik, saya tidak sabar-sabar untuk bertemu seramai mungkin peminat Hitam dan Kuning (Dortmund) dari negara-negara di Asia Tenggara dan meraikan keghairahan kami bersama untuk BVB dengan mereka".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >