Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jualan tiket Singapore Smash lonjak 77%

Mar 18, 2024 | 02:10 PM



Dengan lokasi acara yang penuh sesak dengan kehadiran sekitar 2,500 penonton pada hujung minggu lalu, penjualan tiket bagi kejohanan Singapore Smash melonjak sebanyak 77 peratus berbanding edisi 2023 bagi penganjur acara itu – Tenis Meja Dunia (WTT).

Ketua pegawai acara WTT, Encik Stephen Duckitt, berasa gembira dengan kenaikan tersebut selain penambahan wakil tempatan bagi kejohanan yang bernilai AS$1.5 juta ($2 juta) itu, lapor The Straits Times (ST).


Terdapat 19 warga Singapura yang bersaing dalam kejohanan kali ini, naik daripada 18, dengan dua daripada pasangan beregu lelaki mara ke pusingan 16 terbaik di Arena OCBC.

Di lokasi itu, Josh Chua dan Lucas Tan beraksi menentang pasangan nombor dua dunia dari Korea Selatan, Lim Jong-hoon dan Jang Woo-jin.

Koen Pang dan Izaac Quek pula menewaskan pemain Argentina, Horacio Cifuentes dan Santiago Lorenzo untuk layak menentang Fan Zhendong dan Wang Chuqin dari China.

Pasukan harapan tempatan itu mendahului saingan suku akhir mereka selepas memenangi perlawanan pembukaan 11-9, tetapi akhirnya tewas kepada pasangan teratas dari China itu.

Singapore Smash juga menampilkan kejohanan tenis meja para dan junior untuk pemain berusia bawah 19 tahun, dan bawah 15 tahun terbaik dunia.

Difahamkan terdapat satu perjanjian berbilang tahun bernilai tujuh angka dengan agensi nasional, Sport Singapore untuk kekalkan kejohanan Singapore Smash.

Encik Duckitt berkata acara tersebut adalah sebahagian penting daripada kejohanan Grand Smash.

“Singapura adalah tuan rumah tenis meja bagi WTT, kami mendapat komitmen kuat daripada Sport Singapore untuk kembangkan acara ini, dan ia telah membina reputasi dengan cepat dalam kalangan pemain sebagai satu acara yang mereka suka sertai.”

Dilancarkan oleh Persekutuan Tenis Meja Antarabangsa (ITTF) pada 2020, WTT adalah satu wadah komersial yang mewujudkan satu struktur acara baru dan bertujuan menggandakan jumlah hadiah wang bagi kejohanan tenis meja kepada AS$13 juta setahun.


Kemuncaknya adalah kejohanan Grand Smash yang terbesar dan paling lumayan yang dimodelkan seperti kejohanan Grand Slam.


Walaupun pandemik Covid-19 mengganggu rancangan melancarkan empat acara Grand Smash, kejohanan itu berjaya menambah permainan di Arab Saudi dan China.


“Seluruh Siri WTT baru kami terjejas. Kami mempunyai banyak perhubungan yang baik dengan banyak bandar dan negara dan kemudian ia terus hilang apabila pemerintah (pelbagai negara) mengalihkan tumpuan mereka kepada respons pandemik dan pemulihan ekonomi,” jelas Encik Duckitt.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >