Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

JUARA EROPAH YANG DILUPA MUNCUL SEMULA

Lepas 23 tahun Forest kembali ke EPL

Jun 13, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Antara pasukan terhebat pada era 70-an, 80-an dan 90-an, Nottingham Forest juga merupakan salah satu kelab pengasas Liga Perdana (EPL) apabila ia ditubuhkan pada 1992. Pengurus legenda, Brian Clough, masih lagi mengendalikan kelab itu waktu itu.



Setelah mereka menamatkan musim dalam EPL di tempat ke-10 tiga kali berturut-turut, terdapat rasa optimis bahawa Forest akan melangkah ke era baru menyusuli kejayaan mereka kembali ke persada Liga Perdana England (EPL) musim depan.



Namun laluan pasukan yang pernah mencungkil bakat seperti Roy Keane, Stuart Pearce, Scot Gemmil dan Ian Woan, bak 'rollercoaster'.



Kali terakhir mereka tersingkir daripada saingan Liga Perdana, Forest hanya mampu memenangi tujuh perlawanan.



Ia adalah kali ke-10 sejak Liga Bola Sepak ditubuhkan pada 1888 kelab itu gagal mencatat mata dua angka sekali gus menerima hukuman tersingkir atas kegagalan itu.



YANG DIRANCANG TAK SERING BERLAKU



Seperti yang sering berlaku apabila Forest tersingkir dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mereka hampir serta-merta dianggap sebagai pilihan untuk kembali beraksi di EPL.



Namun apa yang dirancang tidak sering berlaku.



Di bawah kendalian pengurus-pemain David Platt pada musim 2000/01, Forest hampir mendapat peluang kembali beraksi di EPL, namun mata yang dikumpul tidak mencukupi untuk memastikan mereka layak beraksi di 'play-off'.



Pada 2004, divisyen kedua dinamakan semula sebagai Liga Championship dan - seperti ketika Liga Perdana ditubuhkan - Forest sekali lagi menjadi pengasas liga itu.



Dan seperti sewaktu Liga Perdana ditubuhkan, kelab itu hanya mampu bertahan semusim sebelum tersingkir.



TERSINGKIR KE LIGA SATU



Tersingkir daripada Championship pada 2005 bermakna Nottingham Forest perlu beraksi di peringkat ketiga bola sepak England buat kali pertama sejak mereka memenangi Divisyen Ketiga Selatan pada 1950/51.



Buat beberapa generasi peminat, ini merupakan satu gelanggang yang baru - dan pastinya bukan tempat yang mereka ingin kekal bagi tempoh yang lama.



Namun begitu, momentum persembahan dari musim-musim yang lalu terus menghantui mereka.



Mereka tetap gagal untuk mendapatkan promosi mahupun peluang beraksi di pusingan kelayakan.



Kempen 2007/08, juga tidak sempurna, atau tanpa halangan di sepanjang jalan, tetapi walaupun kelihatan seolah-olah Forest akan terpaksa berpuas hati dengan perlawanan 'play-off' sekali lagi, kemenangan 3-2 ke atas Yeovil pada hari terakhir bermakna mereka menduduki tangga kedua buat kali pertama sejak Februari sekali gus menamatkan musim selaku naib juara dan promosi ke Liga Championship.



CABARAN KEKALKAN PENGURUS



Seperti yang dijangka, selepas tiga tahun berada di Liga Satu, Forest mengalami kesukaran menyesuaikan diri dalam aksi Liga Championship.



Kerusi hangat pengurusan menjadi masalah utama dan peminat terpaksa teka-teki siapakah yang akan mengendalikan pasukan itu bagi tahun-tahun akan datang.



Nama-nama seperti Colin Calderwood, Billy Davies, Steve McClaren dan Martin O'Neill - seorang legenda Forest yang merupakan sebahagian daripada skuad Clough yang mendominasi bola sepak England dan Eropah pada penghujung 1970-an - semuanya mengambil alih jawatan itu, tetapi mereka masih gagal membawa Forest kembali ke saingan teratas.



Chris Hughton kemudiannya dilantik menjelang penghujung musim 2019/20.



Setelah mencapai promosi bersama Newcastle dan Brighton dalam dekad sebelumnya, pelantikannya adalah sesuatu yang wajar dan, akhirnya, membantu Forest kekal di Liga Championship.



KEBANGKITAN YANG MENAKJUBKAN



Ironinya, musim yang baru lepas bermula dengan cara yang sama seperti musim sebelumnya.



Forest tewas enam daripada tujuh perlawanan pertama liga mereka, yang menyebabkan mereka terperuk di tangga bawah Liga Championship.



"Ia adalah situasi yang sangat membimbangkan dan sangat sukar," kata Hughton selepas kekalahan 0-2 di kubu sendiri kepada Middlesbrough.



"Pengurus dinilai berdasarkan keputusan, jadi perlu ada perubahan yang sangat cepat, tetapi saya hanya perlu melihat semula kepada persembahan ini, fikirkan di mana kami boleh meningkat dan bersedia untuk satu lagi perlawanan sukar."



Namun Hughton meninggalkan Forest beberapa hari kemudian dan pada 21 September tahun lalu, Steve Cooper - yang menganggur sejak meninggalkan Swansea pada Julai - menandatangani perjanjian dua tahun untuk menggantikannya di City Ground.



Cooper berjaya membawa pembaharuan. Pengurus dari Wales itu memenangi empat daripada lima perlawanan pertama liga, hanya kalah satu daripada 14 perlawanan pertamanya dan meletakkan pasukan itu di kedudukan teratas liga buat kali pertama menjelang pertengahan Disember.



Menjelang akhir April lalu - di mana mereka bermain lapan perlawanan dalam 28 hari - Forest memperoleh 21 daripada 24 mata yang ditawarkan, menjaringkan 19 gol dan gawang mereka hanya dibolosi sebanyak dua kali.



Susulan kejayaan itu, perlawanan 'play-off ' - dan perlawanan dua pusingan menentang Sheffield United - menanti mereka.



Sheffield telah memberikan perlawanan yang sengit dan telah memaksa keputusan diputuskan menerusi tendangan penalti.



Perlawanan itu menyaksikan penjaga gawang menjadi wira Forest dan memastikan mereka layak bertanding di pusingan akhir menentang Huddersfield di Wembley.



TIDAK MENOLEH KE BELAKANG LAGI



Tekanan yang besar dapat dirasakan pemain Forest semasa mereka melangkah masuk ke stadium Wembley.



Tidak seperti mereka, Huddersfield pernah beraksi di EPL beberapa musim lalu.



Namun begitu, pemain Forest berjaya mengatasi segala tekanan selepas meletakkan diri mereka di depan pada separuh masa pertama.



Huddersfield tidak dapat memberi respon dan akhirnya, dengan nasib menyebelahi mereka malam itu, Forest mencatat nama mereka ke dalam buku sejarah dan akhirnya membebaskan diri daripada cengkaman Liga Championship.



Lanskap saingan liga telah banyak berubah, tetapi, buat pertama kali dalam tempoh 23 tahun, Nottingham Forest akan beraksi di EPL sekali lagi. - Agensi berita




PENCAPAIAN NOTTINGHAM FOREST



Piala Eropah (Sekarang diubah format jadi Liga Juara-Juara) - Dua kali (1979, 1980)



Piala Super Uefa - Satu kali



Juara Liga - Satu kali



Piala Liga - Empat kali



Piala FA - Dua kali



Piala Sumbangsih (Charity Shield) - Satu kali



Tersingkir dari Liga Perdana: 1993



Kembali ke Liga Perdana 1995, capai di tempat ketiga sebelum tersingkir lagi dari EPL pada 1997 dan 1999.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >