Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Klopp dinamakan Jurulatih Terbaik

Dec 22, 2020 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Jurgen Klopp telah dinamakan sebagai Jurulatih Terbaik di anugerah tahunan Personaliti Sukan Terbaik BBC 2020, dengan pasukan yang diurusnya Liverpool dilantik sebagai pasukan terbaik.



Klopp diberi anugerah itu untuk mengiktiraf sumbangannya membantu Liverpool mengakhiri kemarau kejuaraan liga selama 30 tahun.



Liverpool memenangi Liga Perdana England musim 2019-20 dengan mengecapi 99 mata, satu rekod kelab.



Ia adalah anugerah berprestij kedua yang dimenangi Klopp bulan ini, selepas beliau memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik Fifa minggu lalu - kali kedua berturut-turut beliau memenangi anugerah tersebut.



Berucap selepas memenangi anugerah BBC itu, Klopp berkata:



"Apabila jurulatih pasukan terbaik memenangi anugerah jurulatih terbaik... itu bermakna saya mempunyai pasukan yang cemerlang."



Menurut Klopp, beliau tidak pernah memenangi anugerah semasa bertanding dengan calon dari sukan lain dan ini adalah suatu anugerah yang istimewa.



"Hendo (Jordan Henderson, kapten pasukan) telah menyebut hampir semua kakitangan kami tetapi sebab utama kami semua memenangi perlawanan ini adalah usaha gigih kakitangan di bahagian kejurulatihan," ujar beliau.



Henderson memenangi anugerah naib juara bagi anugerah Personaliti Terbaik BB 2020, yang dimenangi oleh Lewis Hamilton, juara dunia Formula Satu (F1) dan pemenang rekod perlumbaan itu.



Mengulas mengenai anugerah pasukan terbaik, Henderson berkata: "Anugerah ini amat bermakna bagi pasukan dan bagi saya. Kami telah berusaha gigih dan bukan kami sahaja, tetapi pasukan perubatan, jurulatih dan kakitangan lain."



Klopp kali pertama memenangi anugerah jurulatih terbaik BB selepas memimpin Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara Eropah pada 2018, Piala Dunia Kelab Fifa dan Piala Super UEFA. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >