Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara AFC: Sailors menang Jeonbuk 2-0

Nov 08, 2023 | 08:29 PM



Lion City Sailors menghidupkan peluang mereka ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC selepas menang 2-0 ke atas kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors dalam aksi Kumpulan F di Stadium Jalan Besar pada Rabu.

Dua gol oleh penyerang Richairo Zivkovic, pada minit ke-23 dan ke-55, memberi Sailors kemenangan kedua mereka dalam pertandingan kelab Asia musim ini.

Jeonbuk, juara dua kali Liga Juara-Juara, berpeluang bangkit dari ketinggalan pada minit ke-88 apabila dihadiahkan sepakan penalti berikutan semakan video penolong pengadil (VAR).

Bagaimanapun, percubaan penyerang Gustavo Sousa tersasar, yang mungkin disebabkan kecederaan apabila beliau serta-merta dilihat memegang lututnya dan kemudian digantikan.

Persembahan Sailors di depan 3,562 penyokong, yang kebanyakannya warga tempatan, juga luar biasa, berbanding kekalahan 0-3 di tangan Jeonbuk di Stadium Piala Dunia Jeonju pada 25 Oktober.

Kemenangan itu meletakkan Sailors di tangga ketiga Kumpulan F dengan enam mata daripada empat perlawanan.

Jeonbuk, yang mengumpul jumlah mata sama dengan Sailors, menduduki tangga kedua mengikut perbezaan gol.

Kededua pasukan ini mempunyai kelebihan satu perlawanan, sebelum pendahulu kumpulan dari Thailand, Bangkok United berdepan kelab Hong Kong, Kitchee, yang di tangga tercorot, pada lewat Rabu malam.

Dengan baki dua perlawanan dalam pusingan ini, Sailors seterusnya akan menentang Bangkok United pada 29 November di Stadium Thammasat, sebelum menjadi hos kepada Kitchee di Stadium Jalan Besar pada 13 Disember.

Dalam penampilan sulung Liga Juara-Juara mereka pada 2022, Sailors beraksi dengan membanggakan. 

Mereka menewaskan Daegu FC dari Korea Selatan dan meraih empat mata menentang kelab China, Shandong Taishan untuk meraih tempat ketiga tetapi terlepas peluang mara ke pusingan kalah mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >