Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Litigasi antara dua pihak sejak beberapa bulan lalu kini berakhir

LIV Golf, PGA Tour bergabung

Jun 07, 2023 | 04:55 PM



NEW YORK: Pertubuhan yang mengendalikan liga golf profesional PGA Tour dan LIV GOLF pada Selasa mengumumkan bahawa dua pihak itu telah bersetuju untuk bergabung.


Ini bermakna litigasi yang telah berlarutan antara dua pihak itu sejak beberapa bulan lalu terlerai sudah.

Demikian dinyatakan dalam satu kenyataan media bersama oleh DP World Tour, Public Investment Fund (PIF) – dana kekayaan Arab Saudi yang membiayai LIV Golf – dan PGA Tour.

Kenyataan tersebut mengatakan ia akan “melaksana rancangan untuk mengembangkan perniagaan komersial gabungan ini, memacu pelibatan peminat lebih besar dan mempercepat inisiatif pertumbuhan yang sudah dijalankan”.

Pesuruhjaya PGA Tour, Jay Monahan, berkata: “Ini adalah satu hari bersejarah... memandang ke hadapan, peminat boleh berasa yakin bahawa kami akan secara kolektif menunaikan janji yang kami telah buat – akan mempromosikan persaingan terbaik dalam golf profesional dan kami komited untuk memastikan dan memacu masa depan sukan ini.”

Di bawah terma perjanjian sementara itu, PIF akan menjadi pelabur eksklusif dalam operasi gabungan tersebut pada permulaannya, bersama-sama kejohanan yang telah ditetapkan dan LIV Golf.

Perjanjian itu akan menggabungkan perniagaan dan hak komersial berkaitan golf bagi PIF (termasuk LIV Golf) dengan perniagaan komersial dan hak PGA Tour dan DP World Tour, yang dahulunya dikenali sebagai European Tour.

Ia akan membentuk sebuah entiti baru yang dimiliki secara kolektif untuk keuntungan.

Monahan dijangka menjadi ketua pegawai eksekutif kumpulan baru itu dengan gabenor dana kekayaan tersebut, Yasir Al-Rumayyan, dilantik sebagai pengerusinya.

LIV Golf menyertai dunia golf profesional pada 2022 dan berjaya menarik beberapa pemain terkemuka di dunia – termasuk Brooks Koepka, Dustin Johnson dan Phil Mickelson – serta memberi hadiah kejohanan yang dikatakan antara yang tertinggi dalam sejarah golf.

PGA Tour, yang telah lama menjadi kuasa dominan dalam golf profesional, tidak berpuas hati dengan penyertaan tersebut dan mendakwa ia menjejas kewibawaan sukan itu dan adalah satu helah bagi Arab Saudi untuk membaiki reputasi kerajaan tersebut.

Namun, Yasir berkata: “Tidak boleh dinafikan bahawa model LIV Golf telah mengubah secara positif arena golf. Kami percaya terdapat peluang untuk sukan ini berkembang di samping mengekalkan sejarah dan tradisinya.”

Berita perkongsian itu mencetuskan reaksi daripada mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, yang padang golf miliknya pernah mengadakan kejohanan LIV Golf.

“Berita baik daripada LIV Golf. Tawaran yang hebat untuk dunia golf. Tahniah kepada semua!!!” ujar beliau. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >