Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain harus ubah gaya hidup untuk S'pura berjaya: Nishigaya

Singa tersingkir dek kalah 1-4 kepada M'sia, jurulatih akur 'jurang besar' antara pemain muda, senior
Jan 05, 2023 | 05:30 AM



Dari Kuala Lumpur: PEMAIN harus mengubah gaya hidup dan set minda mereka untuk ingin terus memperbaiki diri demi memajukan bola sepak Singapura, kata jurulatih pasukan Singa Takayuki Nishigaya.



Beliau juga berkata ada jurang antara pemain muda dan berpengalaman dalam skuad Singapura, dan negara ini harus mencungkil dan mengasah lebih banyak bakat untuk kekal bersaing dengan seteru serantaunya.



Melangkah ke hadapan, beliau merancang mengadakan perbincangan dengan kakitangan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan kelab Liga Perdana Singapura (SPL) untuk mempertingkat tahap bola sepak tempatan.



Nishigaya, 49 tahun, berkata demikian semasa mengulas mengenai bola sepak Singapura menyusuli penyingkiran Singa daripada Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 kelmarin.



Beliau dilantik mengisi "kerusi panas" pengurus Singa pada April tahun lalu, menggantikan rakan senegaranya, Tatsuma Yoshida.



"Kita ada banyak ruang untuk diperbaiki. Kita harus membangunkan bola sepak peringkat rendah sebab pasukan nasional tidak boleh mengubah segala-galanya.



"Pemain perlu mengubah semuanya dalam kehidupan mereka. Mereka harus banyak berlatih... berlatih dan bermain pada tahap intensiti lebih tinggi. Mereka perlu mengubah gaya hidup... dan meningkatkan tahap mental," ujar Nishigaya kepada media di Hotel Saujana Kuala Lumpur semalam.



Membandingkan pemain Singapura dengan Jepun, Nishigaya berkata: "Secara peribadi, saya fikir pemain Jepun setiap hari berfikir tentang cara mereka dapat mengembangkan diri... Saya juga mahu pemain saya mempunyai pemikiran sebegitu.



"Tapi (untuk mencapainya), kami sudah tentu harus bekerjasama dengan semua orang - FAS, kelab SPL, pembangunan belia dan media."



Dengan lebih separuh daripada 23 pemain Singa berusia 30 tahun dan ke atas, kempen Piala AFF 2022 mungkin penampilan terakhir mereka dalam kejohanan dwitahunan itu.



Justeru, edisi seterusnya pada 2024 bakal menyaksikan wajah-wajah baru dengan pemain muda dalam skuad semasa perlu mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain berpengalaman itu kelak.



Nishigaya mengakui ada "jurang besar" antara pemain senior dan yang muda.



"Kami perlu meminta lebih daripada pemain, terutamanya yang muda supaya mereka dapat menyumbang lebih kepada pasukan. Ada perbezaan besar antara keupayaan pemain muda dan senior. Jadi, pemain muda harus sedar di mana tahap mereka sekarang. Apakah mereka dapat perbaiki diri dan bersaing dengan pemain senior?" ujarnya.



Ditanya apakah Singapura mempunyai bakat bola sepak baik, Nishigaya berkata: "Kita harus mencari dan mencipta bakat. Berbanding negara Asean lain, kita tidak cukup bakat."



Namun, beliau akur Singapura mempunyai cabaran tersendiri kerana saiz penduduknya yang kecil.



"Jadi, kita harus menyusun (strategi) untuk pembangunan belia... Kami perlu kerjasama semua pihak," tambah Nishigaya.



Bagaimanapun, Nishigaya, yang mempunyai kontrak dua tahun bersama FAS, kekal positif Singapura dapat bangkit daripada kekecewaan di Piala AFF.



"Keputusan ini menyakitkan hati. Tapi pada masa sama, kita tidak boleh melupakan keputusan dan perasaan ini. Kami memerlukannya untuk menjadi pasukan dan pemain lebih baik. Ia adalah peluang untuk kami belajar apa yang perlu kami lakukan untuk berjaya."



Perbahasan mengenai penggunaan padang rumput tiruan berbanding rumput asli hangat dalam Piala AFF kali ini.



Ketika bermain di laman sendiri Singapura menggunakan padang rumput tiruan Stadium Jalan Besar dan ini mendatangkan kesan tidak diingini apabila tiga pemain utama Singa - Ikhsan dan Ilhan Fandi, dan Adam Swandi - mengalami kecederaan lutut sebelum dan sepanjang kejohanan.



Nishigaya berkata beliau bukan peminat padang rumput tiruan.



"Saya tidak boleh mengubah apa-apa walaupun saya bercakap tentangnya kepada awam. Sebab itu, saya perlukan bantuan anda. Kami perlukan bantuan anda… Kita harus bekerjasama.



"Saya percaya semua orang mahu melihat pembangunan bola sepak Singapura maju. Saya juga begitu. Itulah sebabnya di sini," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >