Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Peninju MMA S’pura, Victoria Lee meninggal dunia pada usia 18 tahun

Jan 08, 2023 | 11:37 PM



Peninju seni bela diri campuran (MMA), Victoria Lee telah meninggal dunia pada usia 18 tahun. 



Kematiannya pada 26 Disember lalu telah diumumkan secara rasmi oleh kakaknya, Angela, yang juga peninju MMA dan juara dunia atomweight dan lightweight One Chamiponship, di media sosial pada Sabtu (7 Jan). 



Punca kematian mendiang Victoria di Hawaii bagaimanapun tidak dinyatakan. 



Dalam satu catatan di Instagram, Angela berkata pemergian adiknya, yang diberi jolokan ‘The Prodigy’,  adalah pada usia yang sangat muda dan keluarganya terlalu sedih dengan pemergiannya itu. 



Satu acara penghormatan terakhir untuk peninju kelahiran Hawaii itu sebelum persemadiannya dijadualkan pada 22 Januari. 



Dua beradik Victoria lain, abangnya, Christian dan adik bongsunya, Adrian, juga aktif dalam MMA. Christian merupakan juara dunia One Chamiponship. 



Empat beradik itu dilatih oleh ibu bapa mereka yang merupakan pakar seni bela diri - warga Singapura, Ken Lee dan warga Korea Selatan-Canada, Jewelz Lee. 



Walaupun mereka dilahirkan di Amerika Utara dan kini menetap di Amerika Syarikat, mereka meninju di bawah bendera Singapura.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >